Cabaran Pembantu Tadbir Kewangan dalam Pengurusan Kewangan Sekolah

  • Kahar O
  • Daulin D
  • Ain Safirah binti Sailun
N/ACitations
Citations of this article
6Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran dalam pengurusan kewangan kumpulan wang sekolah iaitu Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) dan Kumpulan Wang Sumbangan Awam (SUWA). Kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan temu bual separa berstruktur sebagai instrumen kajian. Sampel kajian melibatkan dua orang pembantu tadbir kewangan sekolah yang dipilih berdasarkan pensampelan bertujuan. Hasil kajian menunjukkan pembantu tadbir kewangan memerlukan latihan berterusan untuk mempertingkatkan kecekapan pengurusan kewangan.  Cabaran yang dihadapi melibatkan kecuaian dalam membuat rekod dan penyelegaraan buku tunai, jumlah peruntukan PCG yang tidak mencukupi dan faktor guru yang membuat perbelanjaan tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Hasil kajian ini menunjukkan pengurusan perakauanan sekolah berhadapan dengan cabaran yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya daripada pihak pengurusan sekolah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Kahar, O., Daulin, D., & Ain Safirah binti Sailun. (2024). Cabaran Pembantu Tadbir Kewangan dalam Pengurusan Kewangan Sekolah. Jurnal Pemikir Pendidikan, 12(1). https://doi.org/10.51200/jpp.v12i1.5008

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free