Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Bukan Penutur Natif di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)

  • Nahar N
N/ACitations
Citations of this article
109Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Ketidaklancaran kemahiran membaca dan kelemahan penguasaan kemahiran menulis dilihat sebagai punca kemerosotan pencapaian akademik belakangan ini di sekolah rendah. Kajian dijalankan untuk mengenal pasti tahap penguasaan membaca dan menulis dalam bahasa Melayu murid di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJK). Seramai 414 orang sampel kajian dari 5 buah sekolah SJK telah dipilih. Dua instrumen yang diguna pakai untuk mendapatkan data iaitu Ujian Profesiensi UPBM_SR dan Tahap Skor UPBM_SR. Data diproses menggunakan IBMSPSS Versi 23 dengan reka bentuk tinjauan keratan rentas. Dapatan kajian menunjukkan terdapat sebanyak 65.2% responden tidak menguasai kemahiran menulis dan 39.6% tidak lancar membaca dalam bahasa Melayu. Pemahaman input kemahiran membaca dan menulis dilihat satu-satunya mekanisme yang dapat meningkatkan profesiensi linguistik asas. Peranan semua pihak perlu digembleng untuk melahirkan generasi yang kompeten menggunakan bahasa kebangsaan di Malaysia.

Cite

CITATION STYLE

APA

Nahar, N. (2020). Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Bukan Penutur Natif di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Issues in Language Studies, 9(1), 107–123. https://doi.org/10.33736/ils.2223.2020

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free