Amalan Semasa Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Hukuman Alternatif Pemulihan Menurut Undang-Undang Syariah di Malaysia

  • Azahari N
  • Dimon Z
N/ACitations
Citations of this article
8Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Hukuman sedia ada di Mahkamah Syariah pada hari ini adalah tertakluk kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 pin. 1984 yang jelas memperuntukkan hukuman maksima tiga tahun penjara, RM5000.00 denda dan enam kali sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut. Walau bagaimanapun, amalan penghukuman tersebut hampir mencapai empat dekad pelaksanaannya. Kesalahan jenayah syariah khususnya yang melibatkan kesusilaan pada hari ini dilihat semakin memuncak seiring dengan arus permodenan teknologi yang semakin meluas. Ekoran daripada itu, hukuman yang diperuntukkan hampir empat dekad ini dilihat semakin kurang relevan dan sebagai langkah mengurangkan kadar jenayah syariah, keperluan untuk melaksanakan satu bentuk hukuman gantian iaitu hukuman alternatif pemulihan adalah penting untuk dikuatkuasakan secara menyeluruh. Kertas ini adalah untuk menjelaskan amalan semasa pelaksanaan hukuman alternatif pemulihan kepada pesalah syariah di empat negeri yang telah dipilih. Metodologi yang digunakan adalah kajian kualitatif dengan mengaplikasikan instrumen kajian perpustakaan dengan merujuk kepada bahan-bahan bacaan dan kajian-kajian lepas. Manakala bagi tujuan pengumpulan data dan maklumat, kaedah temu bual telah diaplikasikan. Kajian ini juga telah menggunakan analisis secara induktif. Justeru itu, hasil kajian akan membincangkan dan menghuraikan bagaimanakah tahap pelaksanaan dan penguatkuasaan hukuman alternatif pemulihan menurut undang-undang syariah di Malaysia pada masa kini yang meliputi empat negeri yang dipilih oleh pengkaji iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Johor. Basically, the Syariah sentences in syariah courts are subject to the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 (Amendment) 1984 which provide a maximum penalty of three years imprisonment, fines up to RM5000 and whipping up to six lashes or a combination. However, the execution of the sentence is already practicing for almost four decades. Due to modernization, moral offences are significantly increasing and the current implementation of the penalty are irrelevant as a measure to reduce the moral offences. Thus, there is a need to implement an alternative sentence for rehabilitation. This paper aims to explainand discuss the current practice and enforcement of an alternative sentences to syariah offender in Selangor, Pulau Pinang, Kelantan and Johor. The methodology is using a qualitative research which include library based research on the past studies. While for the purpose of collecting data and information, an interview hasbeen conducted. This studies also applied an inductive method for the analysis.Hence, the result of the studies discuss and elaborate the current practice and enforcement of alternative sentences for rehabilitation to syariah offender according to syariah law in Malaysia particularly on four selected states which are Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Johor.

Cite

CITATION STYLE

APA

Azahari, N., & Dimon, Z. (2022). Amalan Semasa Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Hukuman Alternatif Pemulihan Menurut Undang-Undang Syariah di Malaysia. Journal of Muwafaqat, 5(2), 1–15. https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v5i2.127

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free