Bahasa Kasar dalam Komunikasi Digital: Ancaman terhadap Kelestarian Budaya Sopan

  • Yusof M
  • Harun K
  • Meor Osman W
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
5Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Makalah ini membincangkan fenomena penularan bahasa kasar dalam komunikasi digital yang kini menjadi ancaman serius terhadap kelestarian budaya kesantunan di Malaysia. Permasalahan berpunca daripada keterbukaan media sosial yang membolehkan pengguna melontarkan komen tanpa sempadan, sehingga mencetuskan normalisasi ketidaksantunan dalam ekosistem digital. Tujuan utama makalah ini adalah untuk meneroka faktor berleluasanya penggunaan bahasa kasar dalam interaksi di media sosial serta kesannya terhadap amalan adab pertuturan masyarakat. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan digunakan dengan menyandarkan analisisnya kepada Teori Kesan Ketidakterkendalian dalam Talian (Suler, 2004). Sebanyak 7,757 komen daripada isu tular berkaitan politik, isu 3R (Agama, Kaum, Raja) dan jenayah di platform Facebook telah diteliti. Hasil dapatan menunjukkan lapan kategori bahasa kasar yang dominan digunakan dengan kategori intelek (31%), haiwan (27%) serta anggota badan dan biologi (16.2%). Dapatan kajian mendedahkan bahawa faktor Ketanpanamaan Disosiatif, Ketidaklihatan, asinkroni, Introjeksi Solipsistik, Imaginasi Disosiatif dan Pengurangan Status dan Kuasa di ruang siber telah meruntuhkan benteng empati dan kawalan kendiri pengguna. Implikasi kajian menegaskan bahawa sekiranya trend ini tidak dibendung, identiti sosiolinguistik masyarakat Malaysia yang berasaskan kesopanan berbahasa dan penjagaan air muka akan terus terhakis dan digantikan dengan ekosistem komunikasi yang toksik. Kajian ini mencadangkan pemerkasaan literasi sosiobudaya digital bagi membina semula etika berkomunikasi yang sihat dalam kalangan warga siber. Kata kunci: Bahasa kasar, komunikasi digital, kesantunan berbahasa, ketidakterkendalian dalam talian, normalisasi linguistik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Yusof, M., Harun, K., Meor Osman, W. R., Ja’afar, S., & Baharuddin, R. (2026). Bahasa Kasar dalam Komunikasi Digital: Ancaman terhadap Kelestarian Budaya Sopan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 42(1), 344–360. https://doi.org/10.17576/jkmjc-2026-4201-19

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free