Hubungan Kesan Psikologi dan Masalah Sosial dengan Teori Hifz Al-Nafs dalam Fatwa Penamaan Nasab Anak Tak Sah Taraf: Analisis Fatwa Kebangsaan

  • Bin Roslan M
N/ACitations
Citations of this article
20Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pendekatan teori Hifz al-Nafs dalam fatwa penamaan nasab anak tak sah taraf (ATST) telah dikenal pasti apabila Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa penamaan nasab ATST kepada Abdullah adalah bertujuan untuk menjaga kesan psikologi dan masalah sosial. Namun begitu, matlamat asal Fatwa Kebangsaan itu didakwa memberikan kesan yang negatif kepada ATST. Oleh yang demikian, artikel ini dihasilkan bertujuan untuk melihat hubungan kesan psikologi dan masalah sosial dengan teori Hifz al-Nafs terhadap fatwa penamaan nasab ATST di Malaysia. Falsafah di sebalik kajian ini adalah interpretif, manakala strategi kajian pula ialah kajian kes. Kajian ini juga mengadaptasikan reka bentuk kualitatif dengan kaedah pengumpulan data adalah kombinasi teknik analisis kandungan dokumen dan temu bual soalan separa berstruktur. Setelah data dokumen dan data temu bual diperoleh, kaedah analisis kandungan dokumen digunakan sekali lagi dalam proses menganalisis data. Hasil dapatan menunjukkan bahawa teori Hifz al-Nafs itu adalah sangat berkait rapat dengan menjaga diri manusia itu daripada masalah-masalah yang membawa kepada kesan psikologi dan masalah sosial. Hal ini bererti, menjaga kesihatan mental juga adalah termasuk dalam teori Hifz al-Nafs walaupun pada asalnya ia terkait dengan Hifz al-‘Aqal, namun sekiranya ia tidak dijaga dengan baik, maka ia akan memberikan kesan yang buruk kepada diri manusia itu. Teori Hifz al-Nafs dalam fatwa penamaan nasab ATST itu juga tidak boleh hanya dilihat pada isu penamaan anak itu sahaja, bahkan diri dan sosial masyarakat itu juga perlulah dijaga agar kelahiran ATST itu tidak berleluasa saban hari. Oleh yang demikian, kajian ini mencadangkan agar kajian terhadap kesan psikologi dan masalah sosial terhadap penamaan nasab ATST diperluaskan agar pendekatan teori Hifz al-Nafs itu sentiasa seiring dengan matlamat Fatwa Kebangsaan.  When the National Fatwa decided that naming an illegitimate child (Anak Tak Sah Taraf, ATST) to Abdullah was intended to address psychological effects and social problems, the National Fatwa identified Hifz al-Nafs’ theoretical approach. However, the National Fatwa’s original goal is said to have a negative impact on ATST. As a result, this article is written to examine the relationship between psychological effects and social problems in Malaysia with the Hifz al-Nafs theory on the ATST lineage naming fatwa. This study’s philosophy is interpretive, and the research strategy is a case study. This study, too, used a qualitative design and a data collection method that combined document content analysis techniques and semi-structured question interviews. Once the document data and interview data are obtained, the document content analysis method is used again in the data analysis process. The findings show that Hifz al-Nafs’ theory is closely related to protecting humans from problems that lead to psychological effects and social problems. This means that, even though it was originally related to Hifz al-‘Aqal, taking care of mental health is also included in the theory of Hifz al-Nafs, but if it is not taken care of properly, it will have a negative impact on the human being. The theory of Hifz al-Nafs in the ATST lineage naming fatwa cannot be seen only in terms of naming the child; the self and society of the community must also be considered so that ATST does not become widespread every day. Therefore, this study suggests that the study of psychological effects and social problems on ATST lineage naming be expanded so that Hifz al-Nafs’ theoretical approach is always in line with the National Fatwa's goals.

Cite

CITATION STYLE

APA

Bin Roslan, M. M. (2023). Hubungan Kesan Psikologi dan Masalah Sosial dengan Teori Hifz Al-Nafs dalam Fatwa Penamaan Nasab Anak Tak Sah Taraf: Analisis Fatwa Kebangsaan. Jurnal Pengajian Islam, 16(1), 86–100. https://doi.org/10.53840/jpi.v16i1.240

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free