Pedagogi Responsif Budaya Menerusi Cerita Rakyat Untuk Kemahiran Literasi Awal Kanak-Kanak

  • Abdul Rahman M
  • Abdul Malek A
  • Mansor M
N/ACitations
Citations of this article
76Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pedagogi responsif budaya merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan sumber rujukan budaya setempat dalam menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan pembentukan tingkah laku pelajar. Cerita rakyat pula merupakan salah satu bentuk menyampaikan mesej pengajaran tentang sesuatu idea, konsep atau sejarah bagi membantu kefahaman kanak-kanak terhadap sesuatu fakta. Malaysia mempunyai kepelbagaian bahasa dan budaya yang menjadikan cabaran besar kepada guru untuk menyampaikan maklumat serta fakta kepada kanak-kanak pelbagai bangsa khususnya yang baru memasuki alam persekolahan dan tidak menguasai bahasa pengantara yang digunakan di dalam kelas. Kajian ini bertujuan untuk meneroka aspek pelaksanaan pedagogi responsif budaya menerusi cerita rakyat untuk awal literasi kanak-kanak. Kajian ini dilaksanakan ke atas sekumpulan kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun di tabika yang terletak di Tangkak, Johor. Pengumpulan data menggunakan kaedah temubual dan ‘fokus group discussion’ sebelum dan selepas aktiviti dilaksanakan. Kajian menunjukkan pedagogi responsif budaya dapat dijalankan dengan adanya kreativiti guru dalam penyampaian cerita rakyat merupakan faktor utama yang mempengaruhi penguasaan kemahiran literasi awal kanak-kanak berkepelbagaian budaya. Dapatan kajian ini mencadangkan pedagogi responsif budaya menerusi cerita rakyat perlu dilaksanakan secara kreatif oleh guru melalui penggunaan boneka, bahan maujud atau drama dalam kalangan kanak-kanak berkepelbagaian budaya bagi meningkatkan penguasaan kemahiran literasi awal kanak-kanak. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pedagogi responsif budaya memberi nilai tambah kepada pembentukan nilai, jati diri dan perwatakan diri kanak-kanak.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdul Rahman, M. N., Abdul Malek, A., & Mansor, M. A. (2021). Pedagogi Responsif Budaya Menerusi Cerita Rakyat Untuk Kemahiran Literasi Awal Kanak-Kanak. Sains Insani, 6(1), 91–98. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no1.254

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free