Pendekatan Ijtihad Jama‘I dalam Pengharmonisasian Ikhtilaf Fuqaha

  • Syed Shamsuddin S
  • Ismail A
N/ACitations
Citations of this article
22Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Islam celebrates the different opinions among Muslim jurists and mujtahids in fiqh matters. These differences, if accepted collectively as a whole, shall definitely result to better outcomes, which could promote harmonization among them. This article briefly explains how the collective ijtihad (al-ijtihad  al-jama‘i) approach is useful, as a means to promote unity in these different opinions of fiqh. Using the qualitative method, writings of previous and recent scholars relating to ikhtilaf and ijtihadic matters are critically analysed. Findngs of the study clearly shows that different opinions among jurists are permissible and acceptable, as long as it remains confined to certain principles, which does not lead to further divergence and conflict in the society. Surprisingly through collective ijtihad, once these differences are put together, similarities among juristic opinions can eventually be seen. Thus agreement among jurists, particularly on contemporary societal issues, is vital to ensure its ability to cope with vast modern technologies and inventions, particularly to respond and provide answers through  new fatwas and ijtihad. Keywords: Differences of opinion, ijtihad, fatwa, fiqh, usul al-fiqh. ABSTRAK Perbezaan pendapat dalam permasalahan fikah (ikhtilaf fiqhi) yang berlaku dalam kalangan fuqaha dan mujtahid merupakan satu lumrah dalam syariat Islam. Kepelbagaian pendapat dan pandangan ini jika dikumpulkan akan dapat menghasilkan buah fikiran yang lebih bernas dan baik sekaligus dapat menyatukan kepelbagaian tersebut demi mengharmonisasikan percanggahan yang berlaku. Artikel ini menghuraikan pendekatan ijtihad secara kolektif (ijtihad jama‘i) sebagai wadah untuk mencari titik pertemuan di antara ikhtilaf yang berlaku dalam fikah. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis dokumen terhadap karangan para ulama terdahulu dan terkini yang berkaitan dengan permasalahan ikhtilaf dan ijtihad. Hasil kajian menunjukkan perbezaan dan percanggahan pendapat dalam kalangan fuqaha ini diterima selagi ia mengikut prinsip-prinsip yang telah ditetapkan serta tidak membawa kepada perpecahan sesama masyarakat. Selain itu, didapati bahawa ijtihad jama‘i mampu menghimpunkan pandangan-pandangan tersebut yang akhirnya akan melahirkan pandangan yang sama atau hampir sama. Ini penting bagi menangani kepesatan teknologi dan penemuan-penemuan baharu yang semakin kompleks yang memerlukan kepada fatwa dan ijtihad baharu serta sesuai dengan keperluan semasa. Kata kunci: Ikhtilaf, ijtihad, fatwa, fikah, usul fikah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Syed Shamsuddin, S. S., & Ismail, A. M. (2018). Pendekatan Ijtihad Jama‘I dalam Pengharmonisasian Ikhtilaf Fuqaha. Journal of Fatwa Management and Research, 12(1), 22–36. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol12no1.4

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free