Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Terhadap Plagiarisme

  • Rosman A
  • Hassan A
  • Suratman A
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
79Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Plagiarisme merupakan salah satu “jenayah” yang kerap berlaku di institusi pengajian tinggi dan menjejaskan integriti akademik. Matlamat mewujudkan komuniti akademik, iaitu pembangunan dari aspek intelektual dan etika akan terbantut dengan wujudnya gejala plagiarisme. Oleh itu, kajian ini penting untuk meninjau persepsi pelajar tentang amalan yang dianggap sebagai plagiat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekerapan pelajar melakukan amalan yang dianggap sebagai plagiat dan mengetahui anggapan pelajar tentang amalan plagiat. Kaedah serta data yang digunakan adalah bersifat kuantitatif melibatkan 710 orang responden pelajar UTM Kampus Skudai aliran perdana yang mendaftar mata pelajaran ULT 3042 pada semester I sesi 2003/04. Satu set soal selidik yang bersumberkan McCabe Academic Integrity Survey (M–AIS) telah diedarkan dan sebanyak 341 set soal selidik telah dikembalikan. Dapatan kajian ini mendapati bahawa kekerapan pelajar UTM melakukan plagiat adalah rendah dan terdapat kepelbagaian persepsi terhadap sembilan tingkah laku yang dikemukakan. Kata kunci: Plagiarisme; integriti; hak moral; ketidakjujuran akademik; kefahaman

Cite

CITATION STYLE

APA

Rosman, A. S., Hassan, A. M., Suratman, A. S., Ripin, M. N., & Marni, N. (2012). Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Terhadap Plagiarisme. Jurnal Teknologi. https://doi.org/10.11113/jt.v48.238

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free