Tahap Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru Pendidikan Islam (GPI) Terhadap Kesediaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Mod Atas Talian

  • Rerah N
  • Mohamed M
N/ACitations
Citations of this article
65Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesediaan GPI dalam PdP mod atas talian. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk menentukan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap GPI terhadap kesediaan PdP mod atas talian. Seramai 236 orang guru Pendidikan Islam yang mengajar di sekolah kebangsaan daerah Kota Setar telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan instrumen borang soal selidik. Analisis deskriptif menggunakan kekerapan, peratus dan min. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Pendidikan Islam mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi, tahap kemahiran yang sederhana dan tahap sikap yang sederhana terhadap kesediaan PdP mod atas talian ini. Dalam konteks PdP atas talian pula, ia diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu sikronis dan asikronis. Menjadi keperluan untuk guru-guru menambahkan ilmu perkakasan aplikasi digital semasa supaya seiring dengan arus pembangunan pendidikan moden masa kini.

Cite

CITATION STYLE

APA

Rerah, N. F. B., & Mohamed, M. F. (2021). Tahap Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru Pendidikan Islam (GPI) Terhadap Kesediaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Mod Atas Talian. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), 82–89. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i10.1076

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free