Abstrak: Kedudukan andesit adalah secara tidak selaras di bawah Formasi Semantan dan Formasi Tembeling dan ketiga kumpulan batuan di sini adalah penyusun utama stratigrafi geologi kawasan Maran. Batuan andesit dianggapkan sebagai batuan yang tertua dalam kawasan kajian dan ditafsirkan berusia Perm Tengah-Akhir. Apabila segar berwarna hijau gelap dan berwarna merah gelap hingga coklat apabila terluluhawa. Batuan ini membentuk: morfologi yang sederhana tinggi hingga dataran rendah (50-75 m) dengan kedudukan paksi lineamen yang berjurus utara-selatan. Batuan andesit ini dicirikan sebagai hipo habluran yang bertekstur kasar hingga porfIritik. Secara mikroskopik, kebanyakan mineral andesit terdiri dari olivin, piroksen, hornblend dan plagioklas, sedangkan matriks andesit dibina oleh mikrolit, plagioklas, klorit, oksida besi dan juzuk kaca. Olivin dan piroksen hadir sebagai mineral mafik. Fenokris plagioklas berbentuk euhedron hingga subhedron, berbutir sederhana dan mempunyai kembaran karlbat-albit. Sebanyak sepuluh unsur major telah dianalisa berdasarkan kajian geokimia, didapati bahawa perbezaan peratus kandungan unsur major diantara batuan dan tanah andesit adalah disebabkan terutamanya oleh proses luluhawa.
CITATION STYLE
Gasim, M. B., Md. Tan, Mohd., & Md. Zain, Md. Z. (2003). Kajian petrografi dan geokimia batuan andesit di sekitar Maran, Pahang. Bulletin of the Geological Society of Malaysia, 46, 31–34. https://doi.org/10.7186/bgsm46200306
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.