Unsur Emosi dalam Novel Cukup Derita Itu Karya Siti Rosmizah Semail

  • Idrus A
  • Abdull Asik A
N/ACitations
Citations of this article
5Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Dalam penghasilan sesebuah karya sastera, pengarang ghalibnya menggunakan unsur emosi sebagai medium utama untuk menyampaikan mesej, idea dan pandangan dunia tentang penulisannya. Emosi yang terdapat dalam diri manusia merupakan unsur naluri semula jadi manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT. Unsur emosi ini berfungsi dan bertindak dalam fikiran pembaca apabila membaca sesebuah karya sastera. Rentetan itu, kajian ini memfokuskan unsur emosi yang terdapat pada watak dalam novel Cukup Derita Itu karya Siti Rosmizah Semail dengan mengaplikasikan teori rasa-fenomenologi oleh Sohaimi Abdul Aziz (1998) untuk menyokong kritikan dan analisis teks dengan lebih tersusun. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini bersifat kualitatif di bawah analisis deskriptif berpusatkan teks. Hasil analisis mendapati terdapat tiga unsur emosi yang diketengahkan dalam novel Cukup Derita Itu, iaitu emosi duka, berahi dan benci yang memberikan kesan pada watak. Emosi-emosi ini muncul akibat peristiwa yang dialami oleh watak. Implikasi daripada kajian ini merumuskan emosi duka, berahi dan benci yang tidak terkawal mampu mengubah tingkah laku seseorang. Kajian juga menunjukkan bahawa emosi merupakan sesuatu yang kompleks kerana perwatakan luaran sesorang tidak semestinya mencerminkan emosi yang sedang dialaminya.

Cite

CITATION STYLE

APA

Idrus, A. I., & Abdull Asik, A. N. H. (2023). Unsur Emosi dalam Novel Cukup Derita Itu Karya Siti Rosmizah Semail. Malay Literature, 36(2), 313–332. https://doi.org/10.37052/ml36(2)no7

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free