Abstract
ABSTRAK Tomografi berkomputer mikro (mikro-CT) adalah peralatan yang berguna untuk memantau pemulihan patah tulang pada model osteoporosis. Ia menyediakan imej 3D kalus fraktur yang boleh digunakan untuk mengira parameter tulang secara kuantitatif. Dalam kajian in, mikro-CT telah digunakan untuk menilai pemulihan patah tulang tikus yang diorkidektomi, iaitu model osteoporosis defisien-androgen. Kesan ke atas pemulihan patah tulang oleh Eurycoma longifolia, sejenis tumbuhan ubatan dengan aktiviti pro-androgenik, dinilai menggunakan micro-CT. Tikus dibahagikan kepada empat kumpulan: kawalan orkidektomi (ORX), bedah sham (SHAM), orkidektomi dan disuntik dengan testosteron secara intramuskular seminggu sekali (TEN) dan orkidektomi dan menerima oral gavaj Eurycoma longifolia (EL) setiap hari. Jangkamasa rawatan ialah enam minggu. Patah tulang diaruh ke atas tibia kanan kesemua tikus. Mikro-CT telah digunakan untuk mengimbas kalus fraktur yang terdiri daripada 100 potongan aksial di atas dan di bawah aras fraktur. Analisa mikro-CT berjaya mengesan perbezaan signifikan pada pemulihan fraktur kumpulan ORX dan TEN. Bagaimanapun, tiada perubahan mikro-CT yang signifikan dilihat pada pemulihan fraktur kumpulan EL. Kesan EL ke atas pemulihan fraktur tidak dapat dilihat pada model tikus orkidektomi. Kata kunci: androgen, Eurycoma longifolia, patah, orkidektomi, osteoporosis
Cite
CITATION STYLE
Shuid, A. N. (2016). Effects of Eurycoma Longifolia on Fracture Healing of Androgen-Deficient Osteoporosis Model: A Micro Computed Tomograph Analysis. Medicine & Health, 11(2), 267–277. https://doi.org/10.17576/mh.2016.1102.15
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.