Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh faktor-faktor latar belakang terhadap sikap pengguna Muslim dalam pembelian produk kosmetik Halal di Selangor. Terdapat empat faktor latar belakang yang dikaji dalam kajian ini iaitu umur, taraf perkahwinan, tahap Pendidikan dan pendapatan pengguna yang bertindak sebagai variabel tidak bersandar serta dua komponen sikap pengguna iaitu kognitif dan afektif sebagai variabel bersandar. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif di mana 250 borang soal selidik telah diedarkan melalui platform google form kepada responden. Namun begitu setelah menjalankan proses pemilihan hanya 201 respon diambilkira sah untuk kajian ini. Analisis data dibuat dengan menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 24.0 dan dianalisis menggunakan analisis deskriptif, dan MANOVA. Hasil kajian menunjukkan faktor umur dan status perkahwinan dan tahap pendidikan mempengaruhi sikap pengguna muslim terhadap pembelian produk kosmetik halal manakala faktor pendapatan tidak mempengaruhi sikap mereka. Kajian ini seterusnya merumuskan bahawa sikap pengguna terhadap pembelian produk kosmetik halal dipengaruhi oleh faktor umur. Tahap umur yang berbeza akan memberi perbezaan terhadap sikap pengguna sama ada mengambil berat atau tidak terhadap kepentingan mengutamakan produk kosmetik halal dalam pembelian mereka. Kajian ini juga mencadangkan agar kajian lanjutan dilakukan ke atas faktor-faktor lain seperti jantina, bangsa, pemilihan jenama serta tempat tinggal pengguna sama ada di bandar atau luar bandar.
Cite
CITATION STYLE
Idris, J., Mat Nor, F., & Azman, A. S. (2024). Pengaruh Faktor Latar Belakang Terhadap Sikap Pengguna Muslim Dalam Pembelian Produk Kosmetik Halal. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 11(2), 165–176. https://doi.org/10.53840/ejpi.v11i2.183
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.