Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai uslub bahasa atau uslub Arabiy yang digunakan dalam tugasan bertulis untuk subjek bahasa Arab peringkat diploma. Sebanyak 15 hasil tugasan pelajar dianalisis secara kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil penelitian menunjukkan bahawa ramai pelajar tidak memahami tentang uslub bahasa Arab dalam bentuk komunikasi bertulis. Mereka perlu didedahkan tentang konsep uslub bahasa Arab dan jenis-jenisnya, seterusnya dapat diapilikasikan dalam bentuk komunikasi bertulis samada surat kiriman rasmi, laporan, memo, kertas kerja, minit mesyuarat dan teks ucapan. Kajian yang dijalankan ini bermanfaat untuk memberikan kesedaran kepada pendidik dan pelajar agar peka tentang kepentingan menggunakan uslub bahasa Arab yang betul supaya pelajar dapat menghasilkan karangan yang lebih berkesan untuk pemahaman pembaca dalam menyampaikan komunikasi bertulis.
Cite
CITATION STYLE
Mohd Hamidin, N., Bin Maromar, F., & Bin Shafri, M. H. (2021). Uslub Bahasa dalam Pembelajaran Bahasa Arab di KUIS. E-Jurnal Bahasa Dan Linguistik (e-JBL), 3(2), 69–78. https://doi.org/10.53840/ejbl.v3i2.89
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.