Memahami Makna Kata Dalam al-Quran Berbantukan Senarai Kata Berfrekuensi Tinggi

  • Zaini A
  • Hasan Y
  • Husaini M
N/ACitations
Citations of this article
32Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Matlamat utama penyelidikan ini adalah menganalisis kata yang terdapat dalam surah al-Mulk dan mengenalpasti keperluan memahami kata Arab berfrekuensi tinggi dalam usaha menghayati makna ayat dalam al-Quran secara keseluruhannya. Kajian ini juga memberikan tumpuan langsung kepada usaha mengukur tahap kesepadanan kata dalam surah al-Mulk dengan senarai kata berfrekuensi tinggi al-Riyadh. Ia merupakan usaha memahami makna kata al-Quran berpandukan penguasaan senarai kata berfrekuensi tinggi yang perlu mendasari pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua/asing. Pembelajaran al-Quran dan penghayatan makna ayat-ayatnya samada di peringkat sekolah, universiti mahupun di peringkat pengajian umum sering berdepan isu pemahaman. Golongan terbabit dilapor tidak mampu memahami ayat yang dibaca mahupun dihafaz. Malah pelajar tahfiz juga berhadapan masalah yang sama dan terdapat dalam kalangan mereka menghafaz ayat tanpa menitikberatkan maksudnya.  Ia berpunca daripada penguasaan bahasa Arab yang lemah dan kosa kata yang terhad. Justeru, kajian yang dijalankan ini berbentuk eksplorasi dan perbandingan yang menggunakan kekerapan serta peratusan sebagai alat pengukuran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jumlah kata yang terdapat dalam surah al-Mulk adalah 399 perkataan dan tahap kesepadanan antara senarai kata berfrekuensi tinggi al-Riyadh (1979) berada pada tahap tinggi iaitu  93%. Dapatan ini menjelaskan bahawa pembelajaran bahasa Arab yang disokong dengan pembelajaran kata berfrekuensi tinggi secara ekplisit mempunyai impak positif dalam memahami ayat al-Quran khususnya dalam surah al-Mulk. Dapatan ini mengukuhkan peranan senarai kata berfrekuensi tinggi dalam meningkatkan kefahaman kepada makna kata dalam al-Quran dengan lebih luas.

Cite

CITATION STYLE

APA

Zaini, A. R., Hasan, Y., & Husaini, M. H. (2021). Memahami Makna Kata Dalam al-Quran Berbantukan Senarai Kata Berfrekuensi Tinggi. QIRAAT: Jurnal Al-Quran Dan Isi-Isu Kontemporari, 4(1), 47–66. https://doi.org/10.53840/qiraat.v4i1.3

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free