Komunikasi Bukan Lisan: Simbol sebagai Medium Pemakluman dalam Adat Persandingan Masyarakat Melayu

  • Salleh N
N/ACitations
Citations of this article
30Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

AbstrakSimbol antara medium yang digunakan dalam perlakuan komunikasi bukan lisan bagi interaksi antara penyampai dan penerima pesan. Latar belakang sosial, pengalaman dan budaya antara faktor penting bagi memastikan maklumat yang disalurkan difahami oleh kedua-dua pihak. Adat persandingan merupakan acara kemuncak dalam pelaksanaan adat perkahwinan masyarakat Melayu secara keseluruhannya. Fokus kajian menganalisis simbol dan makna yang digunakan dalam adat persandingan masyarakat Melayu di Sekinchan, Selangor. Input kajian diperoleh melalui pemerhatian turut serta dan temu bual mendalam bersama informan utama, iaitu Mak Andam dan pengamal adat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Hasil kajian menunjukkan simbol objek yang digunakan dalam pelaksanaan adat persandingan terdiri daripada inai, beras kunyit, air mayar, bunga rampai, pulut semangat, bunga telur, kompang, bunga manggar dan pelamin. Pemaknaan yang diberikan oleh masyarakat semasa pelaksanaan adat bersanding memberi pengertian, kesucian, kesuburan, pengharapan, penerimaan dan pemakluman. Kata kunci: Komunikasi bukan lisan; simbol; pemaknaan; adat persandingan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Salleh, N. (2018). Komunikasi Bukan Lisan: Simbol sebagai Medium Pemakluman dalam Adat Persandingan Masyarakat Melayu. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), 21–29. https://doi.org/10.51200/jkob.v0i0.1575

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free