Pembangunan dan Keberkesanan Modul Berasaskan Permainan Dengan Penerapan Pemikiran Komputasi

  • Angamuthu K
N/ACitations
Citations of this article
23Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan membangun dan menilai keberkesanan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan permainan dengan penerapan pemikiran komputasi (PPPK) bagi tajuk pecahan sekolah rendah. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk penyelidikan pembangunan serta kaedah kuasi- eksperimen. Penyelidikan pembangunan yang diaplikasikan dalam penyelidikan ini adalah berdasarkan kepada langkah-langkah pembinaan modul yang diubahsuai daripada model Plomp, yang mengandungi lima fasa iaitu (i) penyelidikan awal, (ii) perancangan, (iii) realisasi dan kesahan modul, (iv) penilaian, kepraktikalan dan keberkesanan serta (v) pelaksanaan. Komponen-komponen modul yang dibina terdiri daripada buku modul, lembaran kerja murid dan rancangan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian modul PPPK melibatkan ujian kesahan, kebolehpercayaan, kepraktikalan dan keberkesanan. Sampel penyelidikan ini terdiri daripada 120 orang murid di dua buah sekolah di negeri Johor yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa modul PPPK yang dibina memenuhi syarat kesahan berdasarkan penilaian oleh tiga orang pensyarah matematik dan tiga orang pakar pendidikan matematik dengan nilai IKK kesemua item melebihi nilai 0.80 daripada nilai maksimum 1.00. Instrumen penilaian modul PPPK yang dibina juga memenuhi syarat kebolehpercayaan apabila diuji terhadap murid tahun 5 yang menjadi responden penyelidikan dengan nilai pekali kebolehpercayaan indeks persetujuan kesemua item melebihi 80% daripada nilai maksimum 100%. Dari aspek kepraktikalan, penyelidikan yang dilakukan mendapati bahawa modul PPPK adalah praktikal digunakan berdasarkan penilaian oleh enam orang pakar. Begitu juga modul PPPK berkesan dalam meningkatkan pencapaian dan minat murid jika dibandingkan dengan kaedah pembelajaran konvensional. Ini adalah kerana terdapat perbezaan yang signifikan (t=-16.428, p<0.001) antara pencapaian murid kumpulan rawatan (Min=13.150, SP=4.278) dan kumpulan kawalan (Min=7.317, SP=2.849) di mana pancapaian murid kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Angamuthu, K. D. (2024). Pembangunan dan Keberkesanan Modul Berasaskan Permainan Dengan Penerapan Pemikiran Komputasi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(4), e002712. https://doi.org/10.47405/mjssh.v9i4.2712

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free