Abstract
Kolaborasi dalam pendidikan vokasional melalui teknologi secara blended learning. Blended learning (BL) atau istilah dalam Bahasa Melayu ialah pembelajaran teradun, menggambarkan sebuah model pembelajaran hibrid di mana pendekatan pengajaran tradisional secara bersemuka dan aktiviti pembelajaran secara elektronik. Pembelajaran kolaboratif adalah satu pendekatan pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kumpulan pelajar bekerjasama untuk menyelesaikan masalah, tugasan, atau mencipta sesuatu. Ulasan keberkesanan pembelajaran BL melalui kolaborasi, bermula dengan konsep istilah dan kelebihan dari kaedah kolaborasi melalui teknologi Web 2.0. Kaedah pembelajaran yang terhasil dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam kolaborasi melalui teknologi. Kaedah pembelajaran secara BL adalah juga sebagai sebahagian dari langkah transformasi pendidikan vokasional.
Cite
CITATION STYLE
Stapa, M. A., Ibrahim, M., & Yusoff, A. (2017). Kolaborasi dalam Pendidikan Vokasional: Mewujudkan Pembelajaran Teradun Melalui Teknologi Web 2.0. Journal Of ICT In Education, 4, 35–51. https://doi.org/10.37134/jictie.vol4.4.2017
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.