Teknik Peer Instruction dengan Analisis Sumber-Sumber Sejarah: Kekekalan Kemahiran Pemikiran Kritikal?

  • Kaviza M
N/ACitations
Citations of this article
10Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian eksperimental ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan teknik Peer Instruction dengan analisis sumber-sumber sejarah terhadap kekekalan kemahiran berfikir kritikal. Seramai 25 orang murid Tingkatan Empat melalui teknik persampelan bertujuan terlibat dalam kajian ini. Instrumen ujian pemikiran kritikal yang diadaptasi yang telah disahkan pakar penilai dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik merupakan instrumen kajian ini. Data kajian ini dianalisis secara inferensi iaitu ujian ANOVA Satu Hala dengan pengukuran berulang melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa teknik Peer Instruction dengan analisis sumber-sumber sejarah adalah berkesan terhadap kekekalan kemahiran berfikir kritikal dalam kalangan murid. Implikasi kajian ini telah mencadangkan kepada guru-guru Sejarah pada semua peringkat persekolahan untuk melaksanakan teknik Peer Instruction dengan analisis sumber-sumber sejarah untuk memupuk kemahiran berfikir kritikal yang beterusan dalam kalangan murid.

Cite

CITATION STYLE

APA

Kaviza, M. (2019). Teknik Peer Instruction dengan Analisis Sumber-Sumber Sejarah: Kekekalan Kemahiran Pemikiran Kritikal? Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(8), 61–74. https://doi.org/10.47405/mjssh.v4i8.334

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free