Uslub Mawʿizah Hasanah dalam Pendidikan Anak-Anak Muslim Berdasarkan Tarbiyah Al-Awlad Fi Al-Islam

  • Ismail S
  • Mohamad Rasit R
  • Aini Z
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
13Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Al-Mawʿizah al-Hasanah merupakan satu uslub daripada uslub induk dakwah yang terdapat di dalam al-Quran menerusi surah al-Nahl ayat 125. Ia digunakan oleh para pendakwah bagi melembutkan hati sasaran dakwah. Uslub ini juga kerap dibincangkan sebagai kemahiran keibubapaan yang digunakan dalam pendidikan anak-anak Muslim. Namun begitu, realiti pada hari ini terdapat ibu bapa yang culas dengan tanggungjawab mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis tema-tema al-Mawʿizah al-Hasanah dalam pendidikan anak-anak muslim. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif. Instrumen pengumpulan data adalah secara dokumen. Kitab Tarbiyah al-Awlad fi al-Islam yang ditulis oleh Abdullah Nasih Ulwan digunakan sebagai sampel kajian. Analisis bagi data kajian melalui  analisis kandungan. Hasil analisis mendapati bahawa terdapat enam tema yang dibincangkan dalam kitab Tarbiyah al-Awlad fi al-Islam mengenai uslub Al-Mawʿizah al-Hasanah iaitu nasihat melalui panggilan yang lembut, nasihat melalui peringatan, nasihat melalui soal jawab, nasihat melalui cerita, nasihat melalui arahan dan nasihat yang disertai dengan gurauan.  Dapatan kajian ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa dalam mempraktikkan uslub Mawʿizah hasanah dengan cara yang betul ketika berkomunikasi dengan anak-anak agar pembentukan sahsiah yang baik dapat diamalkan dalam kehidupan anak-anak terutama dalam institusi kekeluargaan Islam.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ismail, S., Mohamad Rasit, R., Aini, Z., & Mohd Hamzah Murghayah, S. K. (2023). Uslub Mawʿizah Hasanah dalam Pendidikan Anak-Anak Muslim Berdasarkan Tarbiyah Al-Awlad Fi Al-Islam. Jurnal Pengajian Islam, 16(2), 80–98. https://doi.org/10.53840/jpi.v16i2.267

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free