TAHAP TEKANAN EMOSI DAN SOKONGAN SOSIAL DALAM KALANGAN IBU BAPA SEMASA PANDEMIK COVID-19

  • Johari A
  • Mohamad Aun N
N/ACitations
Citations of this article
17Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Masyarakat terpaksa menghadapi perubahan norma kehidupan lebih-lebih lagi dari segi sosial sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tempoh pandemik bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Oleh itu, objektif kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tekanan emosi dan sokongan sosial kesan daripada perubahan norma kehidupan masyarakat semasa pandemik COVID-19 lebihlebih lagi dalam kalangan ibu bapa. Dalam kajian ini, kaedah reka bentuk kuantitatif digunakan dengan menggunakan teknik keratan lintang. Seramai 89 orang responden dalam kalangan ibu bapa mahasiswa Program Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjawab soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu demografi, tahap tekanan dan sokongan sosial. Hasil kajian menunjukkan bahawa ibu bapa menghadapi tahap tekanan yang sederhana secara keseluruhannya. Ibu bapa juga menerima sokongan sosial dari pasangan, keluarga dan rakan-rakan. Hasil kajian turut mendapati, terdapatnya hubungan yang signifikan antara tahap tekanan emosi dan sokongan sosial. Oleh yang demikian, pengkaji menyimpulkan bahawa sokongan sosial yang tinggi dari keluarga membantu mengekalkan tahap tekanan pada tahap sederhana dalam kalangan ibu bapa semasa tempoh pandemik COVID-19.

Cite

CITATION STYLE

APA

Johari, A. S., & Mohamad Aun, N. S. (2023). TAHAP TEKANAN EMOSI DAN SOKONGAN SOSIAL DALAM KALANGAN IBU BAPA SEMASA PANDEMIK COVID-19. E-Bangi Journal of Social Science and Humanities, 20(1). https://doi.org/10.17576/ebangi.2023.2001.28

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free