Politik Nilai dalam konteks Politik Baharu di Malaysia

  • Sivaraman S
  • Awang Pawi A
  • Abdul Rahman Z
N/ACitations
Citations of this article
23Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Nilai memainkan suatu peranan yang sangat penting dalam kehidupan seseorang manusia. Perkara ini juga sama dalam arena politik. Politik yang mempunyai nilai tertentu akan menjadi satu contoh kepada semua lapisan masyarakat untuk menilai seseorang dengan lebih mendalam lagi. Politik nilai yang disebutkan disini ialah nilai yang penuh dengan moral yang sudah menjadi elemen kebiasaan dalam diri seseorang individu. Metodologi yang akan digunakan dalam kajian ini secara sepenuhnya ialah kaedah kualitatif iaitu menggunakan kaedah pembacaan jurnal, majalah, akhbar untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Hasil dapatan dalam kajian ini mendapati bahawa terdapat banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan politik nilai iaitu sikap seseorang pemimpin dari segi cara seorang pemimpin mengamalkan sesuatu nilai dalam politik, bagaimana seorang pemimpin dapat kaitkan semua nilai moral dalam era kepimpinan mereka dan juga konteks nilai ini dalam konteks antarabangsa. Nilai dalam konteks antarabangsa ini menjadi satu etika yang akan menjadi rujukan dalam semua perkara yang dilakukan oleh pemimpin. Secara kesimpulan, kajian ini akan memberikan penerangan yang jelas dan mendalam berkaitan dengan aplikasi nilai secara keseluruhan dalam konteks kepimpinan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Sivaraman, S. K., Awang Pawi, A. A., & Abdul Rahman, Z. (2023). Politik Nilai dalam konteks Politik Baharu di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(2), e001931. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i2.1931

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free