Penggunaan Dialek dalam Novel Seorang Tua di Kaki Gunung

  • Haroon H
  • Zabir A
N/ACitations
Citations of this article
8Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan penggunaan perkataan dialek Melayu dalam novel Seorang Tua di Kaki Gunung karya Azizi Haji Abdullah. Jenis perkataan dialek yang terkandung dalam teks sumber ditentukan berpandukan definisi dialek secara umum oleh Collins (1989) dan klasifikasi khusus perkataan dialek oleh Asmah (2008), Mohammed Azlan dan Idris (2014) dan Kamus Dewan Edisi Keempat (2015). Kajian ini mendapati bahawa terdapat sebanyak 68 perkataan dialek Melayu dalam teks sumber, iaitu 53 perkataan dialek geografi (perkataan dialek Kedah atau Utara, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan) dan 15 perkataan dialek sosial (perkataan arkaik, bahasa percakapan dan sastera lama). Penggunaan dialek Kedah atau Utara yang ketara di samping beberapa dialek sosial dilihat amat berkait rapat dengan konteks latar masa, tempat dan masyarakat dalam novel dan latar belakang pengarang sendiri.

Cite

CITATION STYLE

APA

Haroon, H., & Zabir, A. (2018). Penggunaan Dialek dalam Novel Seorang Tua di Kaki Gunung. Jurnal Bahasa, 18(2), 286–318. https://doi.org/10.37052/jb18(2)no4

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free