PROGRAM SANGKUTAN INDUSTRI PENSYARAH DIKALANGAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

  • Sukadi W
  • Atan N
  • Abdul Rahim R
N/ACitations
Citations of this article
8Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Tenaga pengajar institusi pendidikan perlu menguasai kemahiran teori dan amali untuk melahirkan graduan-graduan yang menepati kehendak industri. Tenaga pengajar politeknik digalakkan mengikuti latihan di industri agar segala perubahan teknologi dan perkembangan pesat industri dapat diikuti. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan PPPT Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti terhadap program sangkutan industri pensyarah (SIP) dan hubungannya dengan tempoh mereka berkhidmat. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat faktor-faktor PPPT tidak memohon program SIP. Responden adalah terdiri daripada 43 orang PPPT Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Johor Bahru. Data–data dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences Version 11.5 (SPSS). Dapatan kajian ini mendapati tahap pengetahuan PPPT terhadap program SIP berada di tahap sederhana dengan skor min 2.98. Ujian Oneway ANOVA menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan diantara tempoh berkhidmat dengan tahap pengetahuan terhadap program SIP. Dapatan kajian juga mendapati faktor utama yang menyebabkan PPPT tidak memohon SIP adalah kerana bebanan tugas di jabatan yang banyak. 5 orang PPPT yang telah menjalani program SIP berpendapat program ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan. Kesimpulan dalam kajian ini, walaupun tahap pengetahuan PPPT terhadap program SIP adalah sederhana, namun pandangan mereka terhadap program SIP adalah program ini amat perlu dan penting dalam meningkatkan lagi kecekapan dan kebolehan tenaga pengajar yang mana secara tidak langsung akan mempengaruhi kualiti graduan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran graduan politeknik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Sukadi, W. M. W. B., Atan, N. A. B., & Abdul Rahim, R. B. (2016). PROGRAM SANGKUTAN INDUSTRI PENSYARAH DIKALANGAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI. THE Journal : Tourism and Hospitality Essentials Journal, 5(2), 955. https://doi.org/10.17509/thej.v5i2.2006

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free