Pemeliharaan Akidah Islam: Analisis Daripada Sudut Penguatkuasaan Undang-Undang dan Fatwa di Pulau Pinang

  • Sulong J
N/ACitations
Citations of this article
153Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Akidah merupakan tunggak keimanan kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Akidah yang utuh bagi seorang Muslim ialah yang melibatkan kepercayaan dengan rukun Iman dan demikianlah sebaliknya. Pada hari ini, ancaman ke atas akidah umat Islam semakin bertambah apabila dunia menjadi semakin terbuka melalui hubungan sosial yang meluas, kemajuan internet dan kemudahan maklumat. Pemikiran yang bercanggah dengan akidah Islam seperti sekular, liberal dan Syiah mula merebak ke atas generasi muda umat Islam. Umat Islam dikelirukan dengan bahan-bahan yang telah diselewengkan dengan memanipulasikan nas syarak. Justeru, kerajaan telah mengambil langkah pro-aktif dengan menggubal undang-undang yang khusus dalam menangani gejala ini. Penanganan ini bukan sahaja melalui tindakan kerajaan melalui langkah-langkah pencegahan pentadbiran (sad zara’i’), tetapi juga berlaku melalui penguatkuasaan undang-undang melalui statut dan fatwa. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat aspek-aspek akidah yang cuba ditangani melalui statut dan fatwa semasa dalam usaha mengekang ancaman ke atas akidah umat Islam. Skop kajian difokuskan kepada Pulau Pinang yang mempunyai komposisi masyarakat Melayu, Cina danIndia yang hampir sekata. Kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan mengumpul data daripada statut dan fatwa untuk dianalisis secara analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa undang-undang telah lama digubal untuk menyekat dakyah songsang ke atas akidah umat Islam. Bagaimanapun, elemen penguatkuasaan menjadi hambatan kepada kesalahan yang berhubung akidah yang masih berlaku terutama melalui medium maya hari ini. Ancaman akidah ini menjadi cabaran kepada umat Islam dan kerajaan untuk terus menerapkan prinsip ajaran tauhid yang sebenar dari masa ke masa.

Cite

CITATION STYLE

APA

Sulong, J. (2016). Pemeliharaan Akidah Islam: Analisis Daripada Sudut Penguatkuasaan Undang-Undang dan Fatwa di Pulau Pinang. Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 1–34. https://doi.org/10.22452/afkar.sp2016no1.1

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free