Analisis Isu-isu Keterancaman Melayu Terpilih Era Pentadbiran Pakatan Harapan

  • Muhammad A
  • Awang Pawi A
  • Yaakub M
N/ACitations
Citations of this article
23Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya menumbangkan rejim Barisan Nasional (BN) buat kali pertamanya dalam sejarah politik negara, PH yang berjaya membentuk kerajaan di peringkat pusat telah berdepan dengan satu cabaran politik daripada orang Melayu iaitu keterancaman Melayu. Psike keterancaman ini jelas terserlah apabila isu-isu keterancaman Melayu sering diperdebatkan dalam ruang awam sama khususnya di media sosial sepanjang tempoh pemerintahan PH. Justeru itu, objektif utama kajian ini adalah untuk membincangkan lima isu keterancaman Melayu terpilih yang berlaku ketika sesi pemerintahan PH serta menganalisis faktor pendorong keterancaman Melayu. Dengan mengaplikasikan pendekatan kualitatif, data-data kemudiannya dianalisis secara deskriptif berpandukan kerangka konseptual keterancaman yang dibincangkan. Artikel ini menghujahkan, isu-isu keterancaman Melayu yang berbangkit dalam tempoh pemerintahan PH misalnya pelantikan bukan Melayu dalam jawatan utama negara dan ratifikasi ICERD didorong oleh empat faktor utama iaitu, ketiadaan identiti sepunya, kuasa politik dan ekonomi yang tidak selari antara etnik, manipulasi politik pihak berkepentingan serta akhir sekali, pendekatan PH yang gagal menjadi pelindung kepada orang Melayu. Isu-isu ini penting untuk dibincangkan kerana meninggalkan impak yang cukup besar kepada PH terutamanya melibatkan sokongan orang Melayu terhadap PH serta merencatkan pelaksanaan agenda reformasi institusi yang menjadi hasrat kerajaan PH.

Cite

CITATION STYLE

APA

Muhammad, A. M., Awang Pawi, A. A., & Yaakub, M. T. (2022). Analisis Isu-isu Keterancaman Melayu Terpilih Era Pentadbiran Pakatan Harapan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(10), e001815. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i10.1815

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free