Abstract
Kajian ini menerangkan diet pemakanan menurut perspektif halal dan sunnah terhadap penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD). Objektif kajian bertujuan mengenalpasti diet pemakanan yang tidak sihat yang menjadi punca berlakunya obesiti dan simptom GERD. Kemudian menganalisis diet pemakanan yang sihat menurut perspektif halal dan sunnah Rasulullah SAW. Seterusnya mengemukakan cadangan rawatan perubatan melalui pembedahan, pengamalan diet pemakanan seimbang dan menjalankan aktiviti fizikal untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan minda. Rekabentuk kajian adalah kualitatif. Pengumpulan data dilakukan melalui kajian kepustakaan dan temubual semi struktur yang merujuk pakar dalam bidang perubatan (Specialist Gastroenterology). Analisis data pula dilakukan melalui kaedah pemerhatian dan analisis dokumen berdasarkan laporan kesihatan. Hasil dapatan mendapati amalan sunnah Rasulullah SAW berkaitan diet pemakanan serta penekanan elemen halal dalam pemilihan makanan berkhasiat boleh dijadikan panduan terbaik untuk merawat pesakit GERD dan bertepatan dengan kajian perubatan secara saintifik.
Cite
CITATION STYLE
Yahaya, A. M., & Ismail, M. N. (2022). Diet Pemakanan Menurut Perspektif Halal Dan Sunnah Terhadap Penyakit Gerd. Journal of Fatwa Management and Research, 27(2-SE), 184–195. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol27no2-se.496
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.