Penilaian Indek Kerentanan Sosio-Ekonomi Terhadap Kenaikan Paras Laut Sepanjang Pesisir Pantai Timur Semenanjung Malaysia

  • Ismail I
  • Husain M
  • Muslim A
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
31Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Sejak kebelakangan ini kesan kenaikan paras air laut sering dibincangkan di seluruh dunia khasnya negara-negara maritim, negara yang berada di bawah paras laut dan negara kepulauan. Kenaikan paras air laut ini mengakibatkan kemusnahan kawasan di pesisir pantai terutamanya dari segi sosio-ekonomi. Kenaikan paras air laut juga menyumbang kepada  hakisan pantai, banjir dan kemasukan air masin ke kawasan daratan. Ini mengakibatkan penduduk pesisir pantai kehilangan punca pencarian akibat dari kemusnahan ekosistem dan kerosakan harta benda. Salah satu kedah mengukur tahap kerentanan disebabkan oleh kenaikan aras laut ialah  dengan  menggunakan jangkaan kenaikan paras laut tempatan tahunan dan pelbagai pembolehubah sosio-ekonomi. Tahap kerentanan dapat memberi maklumat untuk perancangan adaptasi bagi kawasan yang dinilai. Oleh itu, objektif kajian ini ialah mengenalpasti tahap indek kemusnahan dan Penilaian Indek Kerentanan sosio-ekonomi penduduk pesisir pantai. Kajian di jalankan di empat buah negeri sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor merangkumi 15 daerah pesisir pantai bermula dari Tumpat, Kelantan sehingga ke Kota Tinggi, Johor. Tiga parameter sosio-ekonomi diambil kira iaitu kualiti kehidupan, nilai ekonomi dan infrastruktur. Ketiga-tiga parameter ini dinilai dengan menggunakan indek kemusnahan sosial dan dipetakan menggunakan perisian ArcGIS 2010. Hasil kajian mendapati Kuantan merupakan daerah yang mempunyai indek kemusnahan paling tinggi bagi keseluruhan parameter yang diukur. Langka berjaga-jaga dan  pencegahan dari kerajaan dan bukan kerajaan perlu diambilkira  untuk mengurangkan kerentanan sosio-ekonomi akaibat dari kesan  kenaikan paras laut.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ismail, I., Husain, M. L., Muslim, A. @ M. S. M., & Saleh, E. (2020). Penilaian Indek Kerentanan Sosio-Ekonomi Terhadap Kenaikan Paras Laut Sepanjang Pesisir Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(10), 21–33. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i10.497

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free