PRINSIP ḤIFẒ AL-NASL DAN ḤIFẒ AL-`IRḌ DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA SEJAHTERA

  • Harun M
N/ACitations
Citations of this article
13Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Abstract Keluarga merupakan institusi asas dalam pembentukan masyarakat yang sejahtera. Namun, institusi keluarga Islam kini menghadapi pelbagai cabaran seperti peningkatan kadar perceraian, perkahwinan tidak sah serta krisis moral yang melanda generasi muda. Statistik menunjukkan lebih 62,890 kes perceraian dilaporkan pada 2022, manakala lebih 67,620 kelahiran anak tidak sah taraf direkodkan sepanjang lima tahun terakhir. Dalam situasi ini, pembentukan keluarga sejahtera ialah manifestasi daripada pencapaian maqāṣid al-sharī`ah, khususnya prinsip ḥifẓ al-nasl (pemeliharaan keturunan) dan ḥifẓ al-`irḍ (pemeliharaan maruah). Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis konsep maqāṣid al-sharī`ah dalam konteks pembentukan keluarga sejahtera dengan memberi tumpuan kepada dua prinsip utama, iaitu ḥifẓ al-nasl dan ḥifẓ al-`irḍ. Metodologi kajian adalah secara kualitatif dengan menggunakan kaedah perpustakaan melalui analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa penerapan prinsip ḥifẓ al-nasl dan ḥifẓ al-`irḍ melalui perundangan serta institusi kekeluargaan mampu mengukuhkan struktur rumah tangga di samping mengurangkan masalah sosial. Sebagai rumusan, maqāṣid al-sharī`ah bukan sekadar teori, tetapi juga penyelesaian praktikal bagi menghadapi cabaran kekeluargaan masa kini. Justeru, pemerkasaan pendidikan keluarga Islam dan pengukuhan dasar berteraskan maqāṣid al-sharī`ah perlu diberi perhatian bagi memastikan kesejahteraan institusi keluarga dalam masyarakat moden.

Cite

CITATION STYLE

APA

Harun, M. S. (2025). PRINSIP ḤIFẒ AL-NASL DAN ḤIFẒ AL-`IRḌ DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA SEJAHTERA. Jurnal Syariah, 33(3), 329–360. https://doi.org/10.22452/syariah.vol33no3.2

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free