Abstract
Di sebalik kehebatan dunia Internet tanpa sempadan, komunikasi bersemuka secara perlahan-lahan telah diganti dan dilengkapi dengan komunikasi berperantara dalam media sosial. Populariti media sosial seperti Facebook saban hari menjadi faktor kepada golongan muda (remaja) memasuki ruang siber sebagai salah satu cara mewujudkan jaringan sosial, sehingga mampu membentuk bahasa komunikasi yang tersendiri. Atas pertimbangan tersebut, kertas kerja ini meneliti fenomena penggunaan bahasa remaja dengan memperinci aspek pengenalpastian tema perbualan remaja di Facebook. Dengan menjadikan Teori Social Idenity Theory (SIT) sebagai landasan, kajian ini telah membuat tinjauan terhadap 200 paparan siaran (Posting) 60 remaja Malaysia, yang terdiri daripada 30 remaja lelaki dan 30 remaja perempuan untuk meneliti tema penulisan remaja di ruang utama status (Post) Facebook. Hasil penelusuran terhadap siaran (posting) menunjukkan bahawa tema perhubungan menjadi pilihan utama remaja Malaysia. Tiga perincian tema yang berjaya dikenal pasti ialah: i) aspek nilai, norma dan budaya, ii) tindakan bersama, serta iii) ikatan dan penyambungan. Selain tema perbualan, fenomenan berbahasa remaja juga dapat dikaitkan dengan identiti, personaliti, serta emosi remaja dan satu gambaran profil remaja di Malaysia dapat dikeluarkan.
Cite
CITATION STYLE
Noor Din, N. F., & Isam, H. (2019). TEMA PERBUALAN REMAJA MALAYSIA DALAM FACEBOOK. Jurnal Pengajian Melayu, 30(1), 137–166. https://doi.org/10.22452/jomas.vol30no1.7
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.