Abstract
Perkembangan teknologi masa kini menyebabkan perubahan terhadap kaedah pembelajaran perlu dilaksanakan oleh guru. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap minat dan persepsi pelajar sekolah menengah rendah terhadap penggunaan bahan pembelajaran gamifikasi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Reka bentuk kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 108 orang responden kajian terlibat yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah rendah di tiga buah sekolah yang terletak di daerah Besut, Terengganu. Instrumen soal selidik telah digunakan dalam kajian ini bagi proses pengumpulan data. Analisis deskriptif telah dilaksanakan dengan mengambil nilai min, sisihan piawai, jumlah kekerapan dan peratusan yang diperoleh melalui Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap minat dan persepsi pelajar sekolah menengah rendah terhadap penggunaan bahan pembelajaran gamifikasi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah tinggi. Implikasinya adalah dapat memberi gambaran kepada guru-guru bahawa bahan gamifikasi merupakan satu pendekatan pembelajaran yang boleh dimanfaatkan untuk menarik minat pelajar sekaligus mewujudkan persepsi positif terhadap proses PdP Bahasa Melayu.
Cite
CITATION STYLE
Mat Husin, N. S., & Mahamod, Z. (2023). Tahap Minat dan Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Rendah Terhadap Penggunaan Bahan Pembelajaran Gamifikasi dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 14(2), 131–145. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.2.11.2023
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.