Pengajian Tafsir Al-Quran Di Masjid Negeri Johor Dalam Membentuk Peribadi Umat Islam

  • Mohammad Haziq Mohd Isnin
  • Abdul Hafiz Abdullah
N/ACitations
Citations of this article
9Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Institusi masjid merupakan tempat ibadah khusus bagi umat Islam, selain dapat menjalinkan hubungan silaturahim secara akrab sesama jemaah, masjid juga merupakan institusi yang menganjurkan pengajian tafsir al-Quran secara komprehensif. Kajian ini dijalankan di dua buah masjid negeri Johor, iaitu Masjid Sultan Abu Bakar dan Masjid Jamek Bandar Baru Uda Johor Bahru. Pengajian tafsir al-Quran di masjid dapat membentuk akhlak yang terpuji di samping dapat mendekatkan diri kepada Allah. Kertas kerja ini akan menghuraikan mengenai pengajian tafsir al-Quran di masjid dan impaknya dalam membentuk keperibadian dan budaya muslim yang unggul berteraskan al-Quran, ini termasuk sumbangan institusi masjid dalam mendepani cabaran semasa. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif yang berteraskan kepada kajian kepustakaan. Kaedah utama yang digunakan ialah temu bual dan permerhatian turut serta. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengajian tafsir al-Quran yang  dianjurkan di masjid berjaya membentuk dan mendidik keperibadian muslim ke arah mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Seharusnya pengajian tafsir di masjid menyelitkan isu-isu terkini yang berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini, agar al-Quran lebih dekat di hati umat Islam.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohammad Haziq Mohd Isnin, & Abdul Hafiz Abdullah. (2021). Pengajian Tafsir Al-Quran Di Masjid Negeri Johor Dalam Membentuk Peribadi Umat Islam. Journal of Fatwa Management and Research, 26(2), 394–407. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol26no2.425

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free