Rangsangan Kemahiran Motor Halus dan Kognitif Murid Prasekolah Menggunakan Playdough

  • AMIZAH
  • ANDIN C
N/ACitations
Citations of this article
41Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini mengkaji keberkesanan kemahiran motor halus dan kognitif kanak-kanak menggunakan aktiviti bermain playdough. Dalam kajian ini, reka bentuk ujian pra-pasca satu kumpulan menggunakan kaedah kuasi-eksperimental telah digunakan.  Kumpulan rawatan terdiri daripada 15 orang murid prasekolah berumur 6 tahun sebagai sampel kajian. Data dikumpul menggunakan prosedur ujian pra, ujian pasca, dan pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan purata skor kemahiran motor halus daripada 60.53% peratus kepada 89.87% iaitu peningkatan sebanyak 27.47%.  Kemahiran kognitif juga menunjukkan peningkatan purata skor daripada 66.53% kepada 95.20%.  Hasil kajian ini menunjukkan aktiviti bermain playdough memberikan kesan positif kepada perkembangan Kemahiran motor halus dan kongitif kanak-kanak. Oleh yang demikian penggunaan playdough boleh diperluaskan sebagai salah satu aktiviti pembelajaran dalam kelas pendidikan prasekolah.

Cite

CITATION STYLE

APA

AMIZAH, & ANDIN, C. (2024). Rangsangan Kemahiran Motor Halus dan Kognitif Murid Prasekolah Menggunakan Playdough. Jurnal Pemikir Pendidikan, 12(1). https://doi.org/10.51200/jpp.v12i1.5009

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free