Kesilapan Penggunaan Kata Kerja dalam Kalangan Pelajar Melayu Ketika Menstruktur Ayat dalam Penulisan Bahasa Sepanyol

  • Mohd Nor M
  • Md. Salleh N
  • Baharum H
N/ACitations
Citations of this article
9Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Dalam mempelajari bahasa asing seperti bahasa Sepanyol, pelajar sering kali melakukan kesilapan sama ada dari aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Kesilapan yang berlaku dipengaruhi oleh banyak aspek seperti pengaruh bahasa ibunda, bahasa kedua pelajar, perbezaan ciri linguistik yang terdapat pada bahasa sasaran dan bahasa ibunda pelajar dan sebagainya. Aspek kesilapan yang menjadi fokus dalam kajian ini adalah kata kerja bahasa Sepanyol yang merangkumi pembentukan dan penggunaanya dalam ayat. Pelajar sering kali keliru dengan bentuk konjugasi kata kerja yang pelbagai berdasarkan subjek dan kala, melakukan penambahan kata kerja yang tidak perlu, mengurangkan kata kerja yang perlu, pemilihan kata kerja yang salah dan melakukan terjemahan yang tidak tepat. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti jenis kesilapan dalam penggunaan kata kerja oleh pelajar Melayu dan menentukan punca kesalahan dan kesilapan yang dilakukan. Bagi mencapai objektif kajian ini, penyelidik menggunakan teori analisis kesilapan oleh Dulay, Burt dan Krashen (1982). Sampel kajian adalah terdiri daripada 50 orang pelajar UPSI yang mempelajari bahasa Sepanyol pada tahap satu iaitu tahap paling asas. Hasil kajian mendapati majoriti responden membuat kesalahan disebabkan struktur ayat bahasa Sepanyol yang berbeza dengan struktur ayat bahasa Melayu, pengaruh daripada bahasa ibunda pelajar tidak dapat dielakkan dan berlaku juga pengaruh daripada bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris. Dengan itu, penyelidik mengemukakan beberapa pendekatan dan cadangan dalam usaha meningkatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing di Malaysia.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Nor, M., Md. Salleh, N., & Baharum, H. (2017). Kesilapan Penggunaan Kata Kerja dalam Kalangan Pelajar Melayu Ketika Menstruktur Ayat dalam Penulisan Bahasa Sepanyol. EDUCATUM Journal of Social Sciences, 3(1), 1–9. https://doi.org/10.37134/ejoss.vol3.1.1.2017

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free