PEMERKASAAN TABAYYUN DALAM PENULARAN MAKLUMAT PRODUK HALAL MELALUI MEDIA SOSIAL: SATU KAJIAN AWAL DALAM KALANGAN MAHASISWA

  • Ab Hadi S
  • Ridzuan A
  • Hassan M
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
8Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Isu penularan maklumat palsu atau "hoax" mengenai produk halal melalui media sosial adalah isu yang semakin menjadi-jadi. Informasi palsu ini boleh merosakkan kepercayaan pengguna terhadap produk halal di pasaran. Penggunaan gambar palsu, gambar yang dikongsikan dengan keterangan yang salah, dan penulisan yang keliru atau bahasa yang tidak jelas boleh menyebabkan masyarakat terperdaya dengan maklumat yang tidak sahih. Oleh itu, adalah penting untuk memahami dan mempraktikkan amalan tabayyun sebelum menyebarkan maklumat mengenai produk halal atau apa-apa sahaja maklumat yang berkaitan dengan halal. Kajian awal ini bertujuan untuk mengukur pemahaman terhadap konsep tabayyun, tindakan dalam penyebaran maklumat mengenai produk halal, serta untuk mengenalpasti sumber-sumber maklumat produk halal yang digunakan oleh responden. Kajian dilaksanakan secara kuantitatif melibatkan 190 mahasiswa Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Hasil kajian mendapati pelajar memahami dengan baik konsep tabayyun dan memiliki kesedaran dalam penyebaran maklumat tentang produk halal. Selain itu, media sosial juga dianggap sebagai sumber utama bagi mahasiswa untuk mendapatkan informasi mengenai produk halal. Kajian akan datang dicadangkan untuk melihat impak penularan maklumat palsu mengenai produk halal terhadap kepercayaan pengguna dan pengaruhnya terhadap pilihan pembelian produk halal.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ab Hadi, S. N. I., Ridzuan, A. R., Hassan, M. S., & Abdul Rani, N. S. (2023). PEMERKASAAN TABAYYUN DALAM PENULARAN MAKLUMAT PRODUK HALAL MELALUI MEDIA SOSIAL: SATU KAJIAN AWAL DALAM KALANGAN MAHASISWA. I-IECONS e-Proceedings, 614–624. https://doi.org/10.33102/iiecons.v10i1.43

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free