Pengaplikasian Ar-Rahnu dalam Sistem Pembiayaan Islam: Ke Arah Muamalat Kontemporari di Malaysia

  • Sama N
  • Alias M
N/ACitations
Citations of this article
26Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kontrak ar-rahnu merupakan satu skim Pajak Gadai Islam yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Secara umumnya, perkataan ar-rahnu berasal daripada bahasa Arab iaitu rahn yang membawa maksud gadai. Kontrak ar-rahnu amat mementingkan amalan pajak gadai yang bebas daripada elemen-elemen yang dilarang oleh syarak seperti terdapatnya unsur riba dan gharar. Pada zaman ini, perkembangan yang pesat dalam bidang ar-rahnu telah mendorong lebih banyak institusi perbankan, koperasi awam dan syarikat-syarikat kewangan dalam menawarkan perkhidmatan ini. Kehadiran skim pajak gadai Islam ini telah menarik perhatian dan mendorong penyertaan masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah. Dalam kajian ini, penyelidik akan memperjelaskan secara terperinci mengenai pengaplikasian ar-rahnu dalam sistem pembiayaan Islam di Malaysia dengan memberi fokus kepada konsep ar-rahnu menurut perspektif Islam, hukum-hukum yang wujud dalam pelaksanaan ar-rahnu atau gadaian serta aplikasi ar-rahnu pada masa kini di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, penyelidik telah menggunakan pendekatan secara kualitatif iaitu menggunakan kaedah analisis dokumen seperti Al-Quran, hadis, jurnal, artikel, tesis, buku, kertas kerja dan rujukan dokumen yang berkaitan. Kajian ini menunjukkan bahawa, dengan wujudnya Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu di Malaysia, ia telah membuktikan bahawa negara ini mengambil cakna akan keperluan dan kemaslahatan rakyat melalui sistem gadaian ini. Hal ini secara tidak langsung dapat memberi pilihan kepada masyarakat Islam amnya dan anggota-anggota koperasi, khususnya dalam mengatasi masalah kewangan. Dengan ini, mereka yang memerlukan pinjaman segera tidak lagi terbelenggu dengan sistem pajak gadai sedia ada konvensional yang lebih bersifat menekan dan menindas. The ar-rahnu contract is an Islamic mortgage scheme based on Shariah principles. Generally, the word ar-rahnu comes from the Arabic language ‘rahn’ which means pawn. The ar-rahnu contract places great importance on the practice of pawning, which is free from elements prohibited by Syarak, such as the presence of riba and gharar elements. In this era, the rapid development in the field of ar-rahnu has encouraged more banking institutions, public cooperatives, and financial companies to offer this service. This Islamic pawnshop scheme has attracted attention and encouraged the participation of the community, especially the low-income group. In this study, the researcher will explain in detail the application of ar-rahnu in the Islamic financing system in Malaysia by focusing on the concept of ar-rahnu according to the Islamic perspective, the laws that exist in the implementation of ar-rahnu, as well as the application of ar-rahnu in the present in Malaysia. To achieve the objective, the researcher has used a qualitative approach using the document analysis method, such as the holy Quran, hadith, journals, articles, theses, books, proceeding, and related document references. This study shows that the Ar-Rahnu (Islamic Mortgage Tax Scheme) in Malaysia has proven that this country takes care of the needs and benefits of the people through this mortgage system. This can indirectly give choice to the Muslim community, and cooperative members, especially in overcoming financial problems. With this, those who need an urgent loan are no longer shackled by the existing conventional pawnbroking system, which is more oppressive and oppressive.

Cite

CITATION STYLE

APA

Sama, N., & Alias, M. A. A. (2024). Pengaplikasian Ar-Rahnu dalam Sistem Pembiayaan Islam: Ke Arah Muamalat Kontemporari di Malaysia. Journal of Management and Muamalah, 14(1), 52–66. https://doi.org/10.53840/jmm.v14i1.183

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free