PEMERKASAAN WAKAF DI MALAYSIA: SATU SOROTAN

  • Isamail M
  • Rosele M
  • Ramli M
N/ACitations
Citations of this article
390Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Wakaf merupakan antara salah satu daripada institusi Islam yang wujud sejak dari zaman Rasullullah SAW lagi yang berfungsi sebagai pemangkin ekonomi dan pembangunan umat Islam. Institusi ini juga merupakan tunjang kepada kejayaan jaminan sosial Islam, selain zakat, sedekah dan lain-lain. Oleh itu, adalah menjadi keperluan mendesak kita pada hari ini untuk mengetahui sejauh mana perjalanan institusi wakaf di Malaysia sama ada ia berjalan seiring dengan perkembangan semasa atau tidak. Peranan wakaf bukan hanya sekadar untuk tujuan ibadah pada Allah SWT, akan tetapi ia turut meliputi dalam memberi impak kebaikan kepada orang Melayu khususnya dan umat Islam amnya. Namun, sehingga kini, ia tidak berfungsi sebagaimana diharapkan oleh kerana terdapat kekangan dan halangan tertentu selain taraf kesedaran masyarakat yang masih cetek. Wakaf ternyata merupakan salah satu sumber ekonomi dan pembangunan umat Islam. Ia mampu memberi pulangan yang lumayan jika ditadbir dengan cukup efisien. Tugas memperkasakan zakat seperti membangunkan bonbon dan saham wakaf, penambahbaikan konsep wakaf, penubuhan pentadbiran wakaf pusat, wakaf dalam pendidikan perlu dilaksanakan dan dihayati agar ia menjadi anjakan paradigma berterusan sekaligus membangunkan taraf hidup masyarakat dan merancakkan lagi ekonomi umat Islam seluruhnya.

Cite

CITATION STYLE

APA

Isamail, M. Z., Rosele, M. I., & Ramli, M. A. (2015). PEMERKASAAN WAKAF DI MALAYSIA: SATU SOROTAN. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 9, 1–13. https://doi.org/10.51200/ljms.v9i.2983

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free