Abstract
Pada masa kini, penggunaan dron dalam pendidikan sebagai alat bantu mengajar telah semakin dikenali dan digunakan dalam kalangan guru dan pensyarah bagi menarik minat pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan penggunaan dron terhadap pencapaian pelajar dalam topik reka bentuk elektronik. Reka Bentuk Elektronik merupakan salah satu sub topik pembelajaran yang telah diperkenalkan dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tingkatan 2. Selain itu, tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kesan penggunaan dron terhadap minat dan motivasi pelajar dalam pembelajaran RBT. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimental. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara pensampelan bertujuan yang melibatkan sejumlah 60 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor, Negeri Sembilan. Seramai tiga puluh orang pelajar dalam kumpulan rawatan menjalani pembelajaran berasaskan dron. Manakala tiga puluh orang pelajar bagi kumpulan kawalan menjalani pembelajaran sedia ada yang menggunakan buku teks RBT sebagai rujukan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian pra, ujian pasca dan soal selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian pelajar kumpulan rawatan mengalami pencapaian yang signifikan berbanding pencapaian pelajar kumpulan kawalan dalam ujian pasca reka bentuk elektronik. Secara keseluruhannya, keputusan kajian ini juga telah membuktikan bahawa penggunaan dron telah dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik, minat dan motivasi para pelajar dalam pembelajaran topik reka bentuk elektronik.
Cite
CITATION STYLE
Ramli, A., & Osman, M. H. (2023). Keberkesanan Penggunaan Dron dalam Pembelajaran Topik Reka Bentuk Elektronik Tingkatan Dua. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(4), e002264. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i4.2264
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.