Abstract
Pembentukan akhlak mulia sangat penting bagi mewujudkan personaliti yang kukuh berlunaskan syariat Islam. Memandangkan setiap manusia mempunyai sifat dan tingkah laku personaliti yang berbeza maka, adalah perlu untuk kita menghalusi seterusnya meneliti isu berkaitan personaliti manusia yang syumul. Sehubungan itu, kertas kerja ini membincangkan konsep, kunci dan sumber personaliti menurut perspektif Islam. Kecetekan dan kurang pemahaman berkaitan trait personaliti sehingga menjadikan trait tersebut amalan rutin yang jengkel dalam diri setiap individu telah mengakibatkan wujudnya pelbagai masalah hubungan dan interaksi dalam konteks kehidupan seharian. Oleh itu, keupayaan dalam mempraktikkan trait personaliti yang konsisten berdasarkan lunas Islam adalah menjadi petanda aras pada suatu penghasilan kerja yang positif. Malah dengan memahami konsep personaliti berpandukan perspektif Islam, kita dapat menikmati kehidupan di dunia dengan lebih baik selain menjadikan hubungan dengan Allah SWT semakin rapat, kuat dan kukuh untuk menuju ke alam yang hakiki nanti.
Cite
CITATION STYLE
Md Nawi, N. H., & Othman, B. (2016). KONSEP, KUNCI DAN SUMBER PERSONALITI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM. UMRAN - International Journal of Islamic and Civilizational Studies (EISSN: 2289-8204), 3(3). https://doi.org/10.11113/umran2016.3n3.81
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.