Abstract
Perundangan merupakan elemen penting kepada sesebuah sekolah memandangkan operasi sebuah sekolah kerap melibatkan aspek perundangan. Sehubungan itu, kajian ini dirangka khusus untuk menjawab persoalan sama ada para pentadbir sekolah berpengetahuan tentang aspek perundangan dalam pendidikan. Di samping itu, kajian ini juga cuba meneliti amalannya di sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 87 orang pentadbir di 20 buah sekolah rendah terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, dan Guru Penolong Kanan Petang. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah kekerapan, peratusan dan min serta pengujian statistik Ujian-t, ANOVA Sehala. Secara umum, hasil kajian menunjukkan bahawa keseluruhannya pentadbir memiliki pengetahuan yang tinggi mengenai peraturan dan undang-undang pendidikan dan sentiasa mematuhi garis panduan dan prosedur pengurusan organisasi sekolah. Di samping itu, pentadbir juga didapati sentiasa merujuk kepada akta dan undang-undang pendidikan semasa mengurus sekolah. Namun demikian, pentadbir sekolah sendiri mengakui bahawa mereka kurang diberi pendedahan melalui latihan dan kursus mengenai undang-undang pendidikan. Beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan kemampuan pentadbir sekolah dalam bidang perundangan pendidikan. Kata kunci: Pentadbir sekolah rendah; perundangan pendidikan; literasi undang-undang Legislation is considered as important element for school organization with the assumption that school operations involved law element. This study was conducted to investigate the primary school administrators’ knowledge about the legislation in education. In addition, this study also identified differences significant of demographic factors, school administrators, legal knowledge, which involves schools and the relationship between demographic factors with knowledge of the legalization. Sample for this study were 87 primary school administrators of 20 schools which were school’s headmasters, Senior Assistant (Administration), Senior Assistant (Student Affairs); Senior Assistant (Co-curriculum) and Senior Assistant (Evening Session). Data were analyzed using descriptive and inferential statistics such as frequencies, percentages and mean scores, t-test, one-way ANOVA. Results showed that headmaster have high level of knowledge related the produces, regulation and law in education. In addition, primary school administrators frequently used educational law and legislation as their main source while leading and managing the school. However, school administrators also admitted they were less exposed to courses and workshop related to education legislation. Suggestions were also forwarded to enhance the primary school capabilities related to legislation in education. Key words: Primary school administrators; educational legislation; legal literacy
Cite
CITATION STYLE
Mohd Tahir, L., Abd Rahman, M. A., & Pongsu@Baba, R. (2011). Pengetahuan Pentadbir Sekolah Rendah Tentang Aspek Perundangan Dalam Pendidikan. Jurnal Teknologi, 161–178. https://doi.org/10.11113/jt.v56.65
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.