Perbandingan Penggunaan Kohesi Jenis Perulangan dalam Penulisan Karangan Murid Tingkatan 4: Satu Analisis Keperluan

  • Mat Nawi N
  • Janan D
N/ACitations
Citations of this article
9Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kohesi perulangan merupakan kohesi jenis leksikal berfungsi sebagai alat pertautan antara kata, frasa dan ayat yang terdiri daripada perulangan sama, sama maksud dan rujukan. Kohesi jenis ini merupakan salah satu elemen dalam aspek kemahiran menulis terutamanya karangan bagi meningkatkan kualiti wacana yang baik. Kajian ini merupakan analisis keperluan dalam fasa satu reka bentuk kajian Design and Development Research (DDR). Tujuan kajian analisis keperluan ini dilaksanakan adalah bagi melihat kekerapan perulangan sama, sama maksud dan rujukan antara perkataan kata kunci soalan dengan binaan karangan. Kajian dilakukan secara kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen melibatkan 200 buah penulisan karangan murid, iaitu, 100 buah karangan jenis ekspositori dan 100 buah karangan jenis argumentasi. Pemilihan sampel adalah secara persampelan bertujuan di dua buah sekolah menengah harian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data temu bual dianalisis menggunakan perisian Antconc Versi 4.1.0 bagi melihat kekerapan kohesi perulangan antara perkataan kata kunci soalan dengan binaan karangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kohesi perulangan antara perkataan kata kunci soalan dengan binaan karangan paling tinggi ialah perulangan sama, sebanyak 5056 kali, kedua perulangan rujukan sebanyak 2282 kali dan paling rendah perulangan sama maksud sebanyak 203 kali. Oleh itu, pemberatan haruslah diberikan kepada kohesi jenis perulangan sama maksud yang paling sedikit diaplikasikan oleh murid dalam penulisan karangan agar mereka dapat menyeimbangkan penggunaan jenis kohesi dalam binaan karangan mereka.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mat Nawi, N. A., & Janan, D. (2024). Perbandingan Penggunaan Kohesi Jenis Perulangan dalam Penulisan Karangan Murid Tingkatan 4: Satu Analisis Keperluan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(5), e002841. https://doi.org/10.47405/mjssh.v9i5.2841

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free