Abstract
On 24 December 2014, floods have plagued Malaysian society, especially in the east coast which resulted in losses of millions of ringgit and many lives. The most affected areas were the states of Kelantan, involving the number of victims in nine districts with a total of 34,955 victims. Those involved with flood loss of property such as houses, vehicles, farm equipment and basic source of income. People are also concerned and lend a hand. Questions arise regarding the eligibility of flood victims as the one of the eight zakat recipients. Therefore, this study will evaluate the position of victims as beneficiaries zakat itself. The study will also recommended an appropriate scheme for the flood victims if they are entitled to receive zakat. The study found that the victims were entitled under the category of recipients of zakat al- gharimin because they are having difficulties in getting the necessities in basic needs. The proposed scheme will provide assistances in housing, food and clothing, because of human needs. The implications of the study provides guidelines to zakat institutions in providing assistance to flood victims. Future studies can be conducted to identify the effectiveness of the scheme of zakat that are provided to the victims. Keywords: Rights of zakat, eight asnaf, emergency within Islam, flood victims, zakat sceheme. Abstrak Pada 24 Disember 2014, bencana banjir telah melanda Malaysia khususnya di kawasan Pantai Timur yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit dan mengorbankan banyak nyawa. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah negeri Kelantan, yang melibatkan jumlah mangsa banjir di sembilan jajahan seramai 34,955 orang mangsa. Mereka yang terlibat dengan bencana banjir kehilangan harta seperti tempat kediaman, kenderaan, ladang punca pendapatan dan peralatan asas untuk menjalani kehidupan. Keadaan yang dialami oleh mereka tidak terlepas daripada mata-mata masyarakat yang prihatin untuk menyalurkan bantuan. Timbul persoalan tentang kedudukan mangsa banjir sebagai asnaf yang berhak menerima zakat. Justeru, kajian ini akan menilai kedudukan mangsa banjir sebagai penerima zakat. Kajian ini juga akan mencadangakan skim bantuan yang sesuai untuk diberikan kepada mangsa banjir sekiranya mereka berhak menerima zakat. Hasil kajian mendapati mangsa banjir layak menerima bantuan zakat di bawah kategori asnaf al-gharimin menepati syarat sebagai penerima zakat. Skim bantuan yang dicadangkan adalah bantuan berbentuk keperluan asasi seperti skim bantuan tempat tinggal, makanan dan pakaian. Implikasi kajian memberikan garis panduan kepada institusi zakat dalam menyediakan bantuan kepada mangsa banjir. Kajian lanjutan boleh dilakukan dalam mengenalpasti keberkesanan skim bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir. Kata kunci: Hak zakat, asnaf lapan, darurat dalam Islam, mangsa banjir, skim bantuan.
Cite
CITATION STYLE
Muhd. Fisal, S. F., Ab. Rahman, A., Ahmad, S., & Wahid, H. (2018). Kedudukan Mangsa Banjir Sebagai Penerima Zakat dan Cadangan Pengaplikasiannya di Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research, 8(1), 109–123. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol8no1.54
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.