Faktor Utama Vandalisme dalam Kalangan Pelajar di Sekolah

  • Husin M
  • Sufizi N
  • Nasarudin N
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
140Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Di Malaysia, tingkah laku merosakkan harta benda di tempat awam dikategorikan sebagai salah laku yang berat dan serius. Objek kajian ini iaitu mengenalpasti faktor berlakunya masalah vandalisme dalam kalangan pelajar sekolah, menjelaskan kesan-kesan vandalisme kepada pelajar dan pihak sekolah, mengenalpasti langkah-langkah yang diambil oleh pihak sekolah dan pihak keluarga untuk mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar sekolah, dan mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam mengatasi masalah vandalisme ini. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat. Hasil temu bual ditulis semula serta disokong dengan beberapa rujukan daripada jaringan internet dan sumber-sumber ilmiah. Kaedah temu bual yang pengkaji gunakan ialah temu bual semi-struktur. Kesimpulannya, masalah gejala vandalisme dalam kalangan pelajar sekolah mahupun remaja di Malaysia dilihat tidaklah terlalu teruk, namun jika masalah ini tidak dipandang serius ia boleh memberi impak yang besar kepada negara. Masalah vandalisme yang melanda remaja pada masa kini adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor tersebut ialah masalah institusi keluarga, persekitaran dan sebagainya.

Cite

CITATION STYLE

APA

Husin, M. R., Sufizi, N. A. N., Nasarudin, N. F. N., Yuslam, A. U., Zainal, S. A., Aspanizam, A. A., … Mat Aini, M. H. (2020). Faktor Utama Vandalisme dalam Kalangan Pelajar di Sekolah. Journal of Humanities and Social Sciences, 2(2), 52–61. https://doi.org/10.36079/lamintang.jhass-0202.119

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free