PENTAKSIRAN DALAM KELAS MELALUI PENDEKATAN OUTCOME BASED EDUCATION (OBE): SATU ANALISIS TERHADAP PENGETAHUAN DAN AMALAN PENSYARAH

  • Othman R
  • Salleh M
  • Awang M
N/ACitations
Citations of this article
99Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pelaksanaan pendekatan OBE telah mula diperkenalkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) sejak tahun 2015. Kurikulum ditambah baik melalui dokumen Ringkasan Maklumat Kursus (RMK)  merangkumi aspek Objektif Pendidikan Program (PEO) dan Hasil Pembelajaran Program (PLO),pengiraan Jam Pembelajaran Pelajar (SLT),Pengetahuan Kandungan Pedagogi  Teknologi (TPCK) dan kemahiran insaniah. Namun, sejauh mana pensyarah mengetahui dan mempraktik pelaksanaan OBE melalui RMK masih menjadi tanda tanya. Kajian ini merupakan satu tinjauan awal untuk melihat sejauh mana pensyarah IPG Kampus A mengetahui dan mengamalkan pendekatan OBE bagi pentaksiran dalam kelas. Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif di mana kaedah yang dipilih ialah kaedah tinjauan menggunakan soal selidik berskala Likert 5 mata.  Soal selidik Matriks Jajaran Konstruktif diadaptasi dari Instrumen  Addington & Johnson (1999) dan ditadbir ke atas 85 orang pensyarah IPG Kampus A. Data dianalisis secara deskriptif iaitu peratus dan min dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) versi 20.0. Secara keseluruhan, data menunjukkan pengetahuan pensyarah  dalam membina dokumen Jadual Spesifikasi Ujian (JSU),entrancesurvey dan entry survey serta perancangan strategi dalam kelas dengan mengambil kira jajaran  konstruktif yang terkandung dalam RMK berada pada tahap tinggi (min=3.96). Apabila dipetakan pengetahuan dengan amalan pensyarah dalam setiap jajaran yang dikaji, data yang diperolehi menunjukkan pensyarah mengamalkan konsep OBE pada tahap sederhana (min= 3.45) . Dapatan ini memberi satu sumber maklumat untuk Unit Akademik merancang PLC yang tepat untuk pensyarah menambah baik amalan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Othman, R., Salleh, M. F. M., & Awang, Mohd. I. (2016). PENTAKSIRAN DALAM KELAS MELALUI PENDEKATAN OUTCOME BASED EDUCATION (OBE): SATU ANALISIS TERHADAP PENGETAHUAN DAN AMALAN PENSYARAH. Proceedings of The ICECRS, 1(1). https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.576

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free