Hubungan Antara Motivasi dan Penerimaan Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Pembelajaran Menggunakan M-Pembelajaran di Kolej Vokasional

  • Hashim R
N/ACitations
Citations of this article
61Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi dan penerimaan dengan pencapaian akademik pelajar dalam pembelajaran Computer Preventive Maintenance menggunakan m-pembelajaran di kolej vokasional. Dalam kajian ini, teori motivasi Teori Keazaman Kendiri telah diintergrasikan dengan model penerimaan UTAUT. Terdapat lapan pembolehubah tidak bersandar iaitu motivasi ekstrinsik, motivasi instrinsik, jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan, keseronokan dan niat tingkahlaku, dan pembolehubah bersandar adalah pencapaian pelajar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk hubungan , yang menggunakan teknik persampelan rawak mudah terhadap 70 orang responden daripada 85 orang populasi yang mengikuti kursus Computer Preventive Maintenance di empat buah kolej vokasional yang bertempat di Kuala Lumpur dan Selangor. Analisis kebolehpercayaan instrumen soal selidik, analisis statistik deskriptif, analisis ujian korelasi Pearson (Bivariate Correlation), analisis pekali regresi berganda (Multiple Regression Equation) dan analisis tahap pengaruh motivasi dan penerimaan teknologi di kalangan responden telah dilaksanakan. Hasil analisis telah mendapati bahawa tahap kebolehpercayaan instrumen soal selidik adalah tinggi dan boleh diterima. Kesemua pembolehubah tidak bersandar mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar, namun begitu hanya motivasi instrinsik, keseronokan dan niat tingkahlaku adalah merupakan faktor peramal yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Motivasi instrinsik lebih mempengaruhi pelajar berbanding motivasi ekstrinsik dan tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan m-pembelajaran dalam aktiviti pembelajaran adalah tinggi.

Cite

CITATION STYLE

APA

Hashim, R. (2019). Hubungan Antara Motivasi dan Penerimaan Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Pembelajaran Menggunakan M-Pembelajaran di Kolej Vokasional. International Journal of Humanities, Management and Social Science, 2(2), 89–94. https://doi.org/10.36079/lamintang.ij-humass-0202.37

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free