Tahap Pengetahuan dan Persepsi Guru Terhadap Pengaplikasian TMK dalam Pengajaran Matematik Sekolah Rendah

  • Poobalan M
  • Mahmud M
N/ACitations
Citations of this article
85Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) mengalami perubahan yang ketara sejak beberapa dekad yang lepas. Perubahan ini turut mempengaruhi pengaplikasiannya dalam sistem pendidikan di seluruh dunia. Pelbagai kaedah pengajaran dan strategi pengajaran yang dikaitkan dengan TMK ini turut diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Pengaplikasian TMK dalam pengajaran Matematik membawa pelbagai faedah kepada murid. Guru matematik yang memahami kepentingan pengaplikasian TMK ini akan menggunakan TMK dalam pengajaran mereka. Persepsi dan pengetahuan seorang guru mengenai TMK juga akan memberi impak dalam pengaplikasian TMK dalam pengajaran mereka. Pandangan pengkaji lepas mengenai aspek demografi seperti jantina dan pengalaman mengajar turut diambil kira dan dibincangkan dalam artikel ini.

Cite

CITATION STYLE

APA

Poobalan, M. C., & Mahmud, M. S. (2022). Tahap Pengetahuan dan Persepsi Guru Terhadap Pengaplikasian TMK dalam Pengajaran Matematik Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(11), e001885. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i11.1885

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free