Kesepaduan Nasional Penduduk Kawasan Rukun Tetangga di Malaysia

  • Beh S
  • Pue G
  • Ishak M
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
81Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Malaysia adalah negara yang dibina berasaskan integrasi. Usaha untuk memupuk dan mengukuhkan hubungan antara etnik ke arah perpaduan yang diidamkan sentiasa ditekankan dalam agenda pembangunan negara bangsa Malaysia. Untuk itu, program Rukun Tetangga telah dilancarkan pada tahun 1975 sebagai satu usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan di peringkat akar umbi masyarakat. Setelah lebih empat dekad dibentuk, sejauh mana terbinanya kesepaduan nasional dalam kalangan penduduk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara? Satu kajian kuantitatif yang diadaptasikan daripada model Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2018 telah dijalankan ke atas 585 orang penduduk KRT di seluruh negara melalui kaedah purposive sampling. Ujian ANOVA sehala digunakan untuk menentukan perbezaan di antara etnik bagi konstruk kesepaduan sosial dan etos bangsa yang berhubungan dalam membentuk kesepaduan nasional. Ujian regresi linear mudah diaplikasikan untuk menentukan hubungan di antara etos bangsa dan kesepaduan sosial. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan antara etnik dalam beberapa dimensi kesepaduan sosial dan etos bangsa. Manakala etos bangsa dan kesepaduan sosial mempunyai hubungan yang signifikan dalam membentuk kesepaduan nasional dalam kalangan penduduk KRT. Dapat dirumuskan bahawa kedua-dua aspek kesepaduan sosial dan etos bangsa perlu digerakkan sederap dalam setiap langkah pihak kerajaan untuk memupuk perpaduan di peringkat akar umbi masyarakat, termasuklah menerusi program KRT yang meraikan kepelbagaian masyarakat multietnik Malaysia.

Cite

CITATION STYLE

APA

Beh, S. H., Pue, G. H., Ishak, M. S., & Mohd Noor, M. (2021). Kesepaduan Nasional Penduduk Kawasan Rukun Tetangga di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(7), 40–53. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i7.821

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free