Abstract
This article aims to identify and analyze the criteria that must be possesed by a Muslim researcher when conducting a research. The criteria will be reviewed through the conditions in becoming a mufti which have already been established by Islamic scholars. Mufti is a mujtahid who can derive Islamic laws from the resources within the rules of ijtihad. Researcher and mufti have one thing in common that is they analyzed the problem to be solved. The question is, what are the eligibility and requirements set by the scholars of Islam in becoming a mufti? Are the requirements suitable to be applied in determining the criteria of Muslim’s researchers? This article aims to answer these questions through a textual analysis of a number of classical and contemporary literatures. The article focuses on two key points. Firstly, to identify the eligibility requirements of a mufti in Islam. Second, to analyze the eligibility criteria for a mufti to be apply as a criterion of the Muslim’s researchers in conducting a research, especially research that related to Islam. The article found that there are four main requirements for the appointment of a mufti. Such conditions are Muslim, mukalaf, ‘adalah (fair) and mujtahid. The article also found that these conditions can be applied to the researcher especially Muslim’s researchers and research related to Islam. Keywords: Muslim, Mufti, Research, Islam Abstrak Artikel ini berhasrat mengenal pasti dan menganalisis kriteria yang perlu dimiliki oleh seorang penyelidik Islam dalam menjalankan penyelidikan. Kriteria tersebut ditinjau menerusi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh ulama untuk menjadi seorang mufti. Mufti merupakan seorang mujtahid yang mampu mengistinbat hukum-hukum syarak daripada sumber ambilannya dengan menepati kaedah-kaedah berijtihad yang telah ditetapkan. Penyelidik dan mufti berkongsi satu perkara iaitu mereka meneliti permasalahan untuk diselesaikan. Persoalannya, apakah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh para ulama Islam untuk dilantik menjadi seorang mufti? Dan adakah syarat-syarat tersebut sesuai untuk diaplikasikan dalam penentuan kriteria penyelidik muslim? Artikel ini menjawab persoalan tersebut menerusi analisis tekstual terhadap beberapa karya klasik dan kontemporer. Artikel ini menfokuskan kepada dua perkara utama. Pertama, mengenalpasti syarat-syarat kelayakan seorang mufti dalam Islam. Kedua, menganalisis syarat-syarat kelayakan seorang mufti bagi diaplikasikan sebagai kriteria yang perlu dimiliki oleh seorang penyelidik muslim dalam menjalankan sesuatu penyelidikan terutama penyelidikan berkaitan Islam. Hasil dapatan mendapati bahawa terdapat empat syarat utama untuk dilantik menjadi mufti. Syarat- syarat tersebut ialah muslim, mukalaf, ‘adalah (adil) dan mujtahid. Dapatan juga mendapati syarat-syarat ini boleh diaplikasikan dan ditetapkan kepada seorang penyelidik terutama penyelidik muslim dan penyelidikan yang berkaitan dengan Islam. Kata Kunci: Penyelidik, Mufti, Penyelidikan, Islam
Cite
CITATION STYLE
Wan Khairuldin, W. M. K. F. (2018). Kriteria Penyelidik Muslim Berasaskan Kriteria Kelayakan Mufti. Journal of Fatwa Management and Research, 5(1), 27–53. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol5no1.83
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.