Hubungan antara Konsep Kendiri Fizikal dan Keluarga dengan Kesihatan Mental Murid Sekolah Rendah

  • Thea X
  • Amir R
N/ACitations
Citations of this article
12Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Isu kesihatan mental murid sekolah rendah adalah perkara yang signifikan dan perlu dititikberatkan supaya mereka dapat berkembang dan berfungsi dengan sebaiknya. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara konsep kendiri fizikal dan keluarga dengan kesihatan mental dalam kalangan murid di salah satu sekolah daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan untuk memilih seramai 144 orang responden kajian dalam kalangan murid sekolah rendah di sebuah sekolah daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Skala Konsep Kendiri Tennessee (SKKT) digunakan bagi mengukur tahap konsep kendiri fizikal dan keluarga sementara soal selidik Kekuatan dan Kesusahan (SDQ) digunakan untuk mengukur tahap kesihatan mental. Program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27 digunakan untuk menganalisis data secara deskriptif dan inferensi. Untuk mengenal pasti hubungan antara konsep kendiri fizikal dan keluarga serta kesihatan mental, analisis kolerasi turut digunakan dalam kajian ini. Keputusan kajian mendapati tahap konsep kendiri fizikal dan keluarga (M=3.08, SD=0.119) serta kesihatan mental (M=2.40, SD=0.242) berada pada tahap sederhana. Melalui ujian Korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara elemen-elemen konsep kendiri fizikal dan keluarga dan kesihatan mental murid dalam sampel yang dikaji. Hasil kajian ini dapat memberi maklumat yang berguna kepada ibu bapa, guru, kaunselor sekolah dan pihak-pihak berkepentingan dalam usaha menangani masalah yang berkaitan dengan konsep kendiri dan kesihatan mental murid sekolah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Thea, X. H., & Amir, R. (2024). Hubungan antara Konsep Kendiri Fizikal dan Keluarga dengan Kesihatan Mental Murid Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(6), e002858. https://doi.org/10.47405/mjssh.v9i6.2858

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free