Abstract
Keterlibatan murid memainkan peranan penting dalam pembelajaran di sekolah di samping mempengaruhi perkembangan diri murid. Tujuan utama kajian ini dijalankan iaitu untuk mengenal pasti sokongan ibu bapa dan guru terhadap keterlibatan murid di lima buah sekolah menengah luar bandar daerah Subis. Kajian ini dijalankan dalam bentuk tinjauan. Data dikumpulkan menggunakan teknik pengumpulan data secara rawak terhadap 260 orang responden murid tingkatan 5 di daerah Subis. Cara pengumpulan data adalah menggunakan instrumen borang soal selidik. Untuk menganalisis frekuensi, peratus, min, dan sisihan piawaian analisis deskriptif telah digunakan. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan tahap sokongan guru terhadap keterlibatan murid sekolah menengah luar bandar pada tahap yang tinggi (M=4.04, SP= 0.53). Namun tahap sokongan lain seperti tahap keterlibatan individu murid menunjukkan tahap yang sederhana tinggi iaitu ( M=3.77, SP=0.58) dan tahap sokongan ibu bapa (M=3.8, SP=0.52) pada tahap sederhana tinggi. Terdapat hubungan positif yang signifikan antara sokongan ibu bapa dengan keterlibatan murid (r=0.580, p=0.0001) dan ini terbukti melalui analisis Korelasi Pearson yang telah dikaji. Kesimpulannya keterlibatan murid saling berhubung dengan sokongan ibu bapa dan guru. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan khususnya terhadap sekolah-sekolah menengah luar bandar, ibu bapa dan guru.
Cite
CITATION STYLE
James, E. G., Surat, S., & Rahman, S. (2023). Keterlibatan Murid Sekolah Menengah Luar Bandar: Peranan Sokongan Ibu Bapa dan Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(4), e002175. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i4.2175
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.